Musim sekolah bakal dibuka, pasti ramai mak-mak yang tidak lari dari tanggungjawab untuk memastikan lencana sekolah anak ditampal dengan baik. Ya, itu adalah salah satu tanggungjawab mak dan ayah setiap kali sekolah akan dibuka.
Sebaik sahaja beli baju sekolah yang baru, selesaikan awal-awal hal lencara ini. Nanti tak adalah asyik tertangguh dan kena buat last minit je kan. Lagipun tampal lencana sekolah ini sering dianggap satu perkara rumit unutk ibu bapa tambah-tambah mak ayah yang bekerjaya ni.
Bukan tak tahu nak menjahit, tapi masalahnya memang tak sempat. Jangan risau lagi, sebenarnya anda tak perlu ambil masa yang banyak untuk tampal lencana sekolah. Terdapat cara tampal lencana sekolah yang mudah, jimat dan cepat boleh anda lakukan. Pilih sahaja mana-mana cara tampal lencana sekolah yang senang.
Jahit manual lencana agak sukar bagi sesetengah orang yang tak biasa memegang jarum dan benang. Namun, ia mudah dan ringkas sahaja. Pastikan anda gosok pada bahagian yang ingin dijahit dahulu supaya tiada kedutan.
Letakkan sedikit gam di bahagian belakang lencana supaya tidak lari posisinya. Anda boleh juga gam lencana di tengah-tengah poket baju sekolah. Kemudian, gosok lencana dengan seterika, maka tak perlu lagi anda jahit jelujur atau letak jarum peniti.
Sesudah itu, ambil benang yang sudah dimasukkan ke dalam lubang jarum dan mulakan menjahit. Jangan lupa jahit di atas poket, bukannya menutup poket tersebut ya! Akhir sekali, buat jahitan sembat susup di sekeliling lencana tersebut. Mudah kan?
Sudah pasti barang yang anda perlukan juga adalah benang dan jarum sahaja. Jimat kan? Ia sudah pun berada di rumah anda, tak perlu beli lagi.
Ramai yang tak tahu akan double sided ashesive ini. Double sided adhesive cloth ini boleh anda dapatkan di mana-mana kedai seperti kedai jahit, kedai fabrik, daiso, diy dan lain-lain lagi. Tape ini sememangnya digunakan untuk fabrik dan pakaian. Hanya 2 bahan itu sahaja yang perlu anda sediakan.
Cara tampal lencana sekolah ini amat mudah dimana anda perlu memotong adhesive cloth ini mengikut saiz lencana yang ingin ditampal. Kemudian, letakkan di belakang lencana tersebut dan serika sahaja sehingga ia melekat. Mudah bukan?
Tak sampai 5 minit pun boleh siap dengan cara ini. Ia juga tahan lama dan kukuh di pakaian anak anda. Rupanya beginilah yang tukang jahit lakukan jika menggunakan adhesive cloth ini untuk melekat sesuatu fabrik.
Cara tampal lencana sekolah gaya sebegini pula memerlukan anda menyediakan gam fabrik iaitu sejenis gam yang boleh disapukan kepada kain dan khas untuk fabrik.
Ramai ibu bapa tak tahu akan cara tampal lencana sekolah yang mudah ini. Cara tampal lencana sekolah dengan menggunakan gam fabrik ini juga hanya mengambil masa yang pantas dan tidak lama.
Gam fabrik bermaksud gam kain dimana anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai fabrik atau kedai aksesori jahitan. Anda hanya perlu sapu sedikit gam di sekeliling lencana dan sedikit dot di belakang lencana. Tak perlu letak gam banyak-banyak. Hanya sedikit sahaja supaya ia tidak basah. Kemudian, tekan-tekan sedikit dengan tangan. Siap!
Anda cuma perlukan beberapa peralatan sahaja untuk melakukan cara tampal lencana sekolah sebegini. Cukuplah sekadar tape (double sided) yang boleh anda dapatkan di pasaraya, kedai buku atau di mana sahaja dan juga gam biasa (pilihan alternatif).
Serika dahulu double tap dari bahagian atas yang kelihatan bersinar-sinar, kemudian tekapkan di lencana anda perlahan-lahan. Buka double sided tap tersebut dan lekatkan di bahagian baju anak pada posisi yang tepat dan betul.
Pastikan ia betul-betul terlekat pada lencana baju anak. Letakkan sedikit gam jika ia tidak terlekat sepenuhnya. Tetapi gam boleh diletak sebelum anda mula lekatkannya.
Dengan menitik beratkan semua perkara di atas, pasti urusan anda menjadi lebih lancar dan mudah. Terdapat banyak cara tampal lencana boleh anda pilih dan aplikasikan. Pasti ada cara yang lebih senang, mudah dan sesuai untuk anda. Semoga bermanfaat.
Jom baca juga artikel berkaitan Aktiviti cuti sekolah, Sindrom hari pertama sekolah dan Idea bekal ke sekolah.