Selalunya tugas siang ikan kita serahkan kepada suami atau orang lelaki. Apa kata lepas ni anda belajar sendiri cara siang ikan untuk memudahkan kerja anda di dapur.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa cara siang ikan yang betul untuk panduan lebih mudah.
Untuk siang ikan anda perlukan pisau yang tajam dan papan pemotong yang bagus bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan tersebut.
Bukan sahaja pisau, dengan menggunakan gunting tajam anda juga boleh siang ikan. Berikut adalah langkah-langkahnya.
1. Kepak bahagian kepala ikan
2. Guntingkan pada tiga bahagian. Mula-mula, gunting bahagian tengah leher ikan.
3. Kemudian, gunting bahagian atas leher ikan.
4. Seterusnya, potong bahagian perut ikan.
5. Lalu, tarik perlahan-lahan dari dasar insang dan isi perut ikan.
6. Boleh teruskan dengan mencuci bersih ikan.
7. Anda juga boleh gunting bahagian tertentu yang tidak digunakan seperti sirip, ekor, atau kepala ikan bergantung kepada kemahuan masing-masing.
8. Sekarang, anda boleh kelar ikan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk atau terus sahaja simpan.
Kaedah yang satu ini mungkin sangat jarang kita lihat tetapi ia terbukti berguna untuk anda praktikkan.
Ia menggunakan sama ada chopstick atau berus gigi untuk mengeluarkan isi perut ikan yang mahu dibuang.
Caranya, cekak leher ikan. Kemudian, masukkan sahaja chopstick atau berus gigi ke dalam mulut ikan.
Lalu, putarkannya mengikut arah jam. Anda akan mendapati ke semua perut ikan terkeluar bila ditarik keluar dengan mudah tanpa perlu menggunakan pisau.
Selain dari tips cara siang ikan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan pemilihan lauk segar seperti:
Sumber: