Ibu bapa selalu meluangkan masa yang ada di rumah dengan bermain bersama-sama anak. Pelbagai permainan yang dimainkan seperti susunan puzzle, melukis, bermain robot dan macam-macam lagi. Tindakan ini sangat bagus dan baik dalam mengeratkan silaturrahim antara anak dan ibu bapa. Selain itu, dapat mengenali anak dengan lebih rapat.

Tetapi kita lupa dalam masa kita bermain bersama anak, ada sesuatu yang kita tak patut buat. Apakah perkara itu?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara suami wajib tahu selepas isteri bersalin. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

5 Cara yang salah ketika bermain dengan anak

cara salah bermain dengan anak

Imej via Facebook

#1 – Terlalu nak anak ikut kehendak kita

Memang ada yang namanya Structured Play, iaitu kita yang tentukan apa yang anak kita kena main tetapi jangan berlebihan kerana ianya boleh menyekat kreativiti anak

#2 – Terlalu bebas bagi anak bermain

Jangan sampai terlalu bebas bagi anak bermain tanpa pantauan (unsupervised play) . Kadang sampai tak tahu anak kita ke mana. Ada pula sampai anak balik lewat malam pun tak ada yang amik tahu. Tu namanya Neglected/Uninvolved Parenting . Kita kena pantau juga kerana anak kita masih di bawah tanggungan kita

#3 – Terlalu biar diri diperkotak katikkan

Walaupun anak kita masih kecil, mereka tetap kena diajar bahawa setiap perbuatan ataupun gurauan tetap ada batasnya. Jangan sampai anak kita hilang adab sopannya bila bergurau disebabkan kita tak pernah tegur dan terangkan tentang had dan batasnya. Akhirnya mereka akan jadi naik kepala dan bermain dan bergurau tanpa adab sopan.

#4 – Bagi anak main sampai letih melampau

Dulu kita ingat makin letih anak bermain, makin senang anak tidur kan? Padahal makin teruk keletihan anak kita, makin susah mereka nak tidur disebabkan Overtired. Kadang mereka akan jadi lebih aktif bila nak masuk waktu tidur sebab otak mereka masih dalam keadaan ‘alert & focused’

#5 – Bermain tanpa hirau bahaya pada anak

Kadang ada yang suka lambung lambung bayi, ada yang suka goncang kepala. Padahal silap haribulan anak kita tu boleh kena Shaken Baby Syndrome. Kalau dah kena, biasanya cuma 10% je yang selamat tanpa cacat kekal pada otak

*Berikut adalah perkara yang salah ketika bermain dengan anak. Dalam masa kita seronok bermain dengan anak, kadang-kadang kita lupa sesuatu dan buat perkara yang tidak sepatutnya. Kita perlu berhati-hati semasa bermain dengan anak dan utamakan keselamatan dahulu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.