Bagaimanakah cara rebus ubi kayu rebus yang merekah, enak, dan paling penting cepat empuk?

Ubi kayu rebus tergolong dalam kategori makanan yang wajib bagi masyarakat Melayu dari zaman nenek moyang kita.

Itulah makanan ruji yang mengantikkan nasi dalam hidangan sehari-hari. Sehingga ke hari ini, ubi rebus masih mempunyai pengemarnya yang tersendiri.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa cara rebus ubi rebus yang menjadi petua “orang lama” sejak dahulu lagi.

Panduan cara rebus ubi kayu rebus

Kita mungkin tidak perasan sebenarnya cara rebus ubi kayu rebus bukanlah sekadar proses rebusan itu sahaja yang perlu dititikberatkan.

Namun ada banyak tips yang boleh kita lakukan sepanjang proses rebusan itu bagi memastikan ianya cepat empuk, dan merekah seperti yang diinginkan.

1. Cara rebusan dengan teknik 5-30-7

Rebus ubi kayu juga mempunyai teknik tertentu yang dikatakan berkesan bagi menghasilkan tekstur yang empuk tetapi cepat untuk masak.

Teknik ini dinamakan teknik rebusan 5-30-7. Caranya kita hanya perlu merebus ubi kayu itu sehingga mendidih dan tunggu selama 5 minit dengan penutup periuk ditutup rapat.

Kemudian matikan api dan diamkan selama 30 minit tanpa perlu membuat penutupnya. Rebus lagi sekali sehingga mendidih selama 7 minit, ubi kayu rebus anda pasti empuk.

2. Cara rebusan dengan santan

cara rebus ubi kayu

Tips cara rebus ubi kayu yang berikutnya adalah dengan menambahkan santal kental ketika proses rebusan.

Santan terbukit bukan hanya baik dalam menambahkan rasa pada sesuatu masakan tetapi ia juga boleh melembutkan tekstur ubi kayu sehingga empuk dan merekah.

Caranya, santan kental ini perlu ditambahkan semasa proses perebusan kedua nanti. Jadi hanya cukup dimasak selama 7 minit sahaja setelah mendidih.

3. Cara rebusan dengan garam & gula

Bagi memastikan ubi kayu itu cepat empuk apabila direbus nanti, anda boleh rendamkannya dengan air biasa dan sedikit garam dan gula selama kira-kira 15 – 30 minit.

Proses rendaman ini penting bagi membuka serat ubi kayu sehingga memudahkannya untuk empuk ketika direbus.

Fungsi garam dan gula pula adalah bagi memastikan ubi kayu itu mempunyai rasa yang enak berbanding yang asli sehingga membolehkan kita makan terus tanpa perlu tambah apa-apa lagi.

4. Cara rebusan dengan ais

Ubi kayu rebus yang mahu digoreng tetapi takut akan hilang rasa tektur aslinya, anda boleh rendamkannya bersama ais.

Caranya selepas rebus ubi kayu tersebut direbus, terus sahaja rendam dengan ais selama 3 – 5 minit sebelum digoreng.

Ais dikatakan mampu membuat tekstur luar ubi kayu rebus mengeras, tetapi bahagian dalamnya masih empuk. 

Selain dari cara rebus ubi kayu ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:

Rujukan:

  1. Cara Rebus Ubi Jalar Yang Benar, Mulai Dai Cuci Ubi. Kompas
  2. Cara Merebus Singkong Agar Empuk dan Merekah. Bis Hemat Gas! Hipwee
  3. Boiled Cassava. Asia Blog

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.