Gigi yang tersusun rapi, putih, cantik, bersih dan bersinar sememangnya menjadi idaman semua orang. Namun untuk mendapatkan gigi yang putih bersih bukanlah sesuatu yang mudah. Malah prosedur untuk memutih dan mengilap gigi bukanlah murah harganya. Nak tak kalau kami kongsikan cara putihkan gigi dengan kos yang murah dan dijamin berkesan?

Serbuk arang

Arang sememangnya telah digunakan sejak zaman-berzaman untuk memutihkan gigi. Anda boleh ambil arang, tumbuk sehingga hancur, dan gosok gigi anda dengan serbuk arang yang dihancurkan tadi. Kalau anda nak lagi mudah, anda boleh beli arang aktif atau activated charcoal yang banyak dijual terutamanya secara atas talian. Amalkan menggosok gigi dengan serbuk arang, pasti gigi anda akan semakin putih berseri.

cara putihkan gigi
Sumber: Republica

Serbuk arang + garam

Cara putihkan gigi yang seterusnya ialah dengan menggunakan arang yang dicampur dengan garam. Caranya hancurkan arang sehingga menjadi serbuk, masukkan sedikit garam ke dalam serbuk arang tadi. Kacau sehingga sebati. Anda boleh gunakan campuran serbuk arang dan garam tadi untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Baking soda

Baking soda dikatakan mampu memutihkan gigi. Caranya ambil satu sudu kecil baking soda, letakkan di atas berus gigi dan gosok seperti biasa. Namun jangan dilakukan dengan kerap. Seminggu sekali sudah memadai. Ini kerana baking soda boleh menghakis lapisan enamel gigi.

Baking soda + garam

Anda juga boleh menambahkan sedikit garam ke dalam baking soda tadi sebelum diletakkan ke atas berus gigi. Amalan menggosok gigi dengan baking soda dan garam sangat membantu untuk memutihkan gigi anda. Ia akan menghilangkan kotoran kuning yang melekat pada gigi.

Apple cider vinegar atau cuka epal

Satu lagi cara putihkan gigi yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan cuka epal atau apple cider vinegar. Caranya ambil satu sudu cuka epal dan larutkan dengan setengah cawan air. Berkumur dengan air larutan cuka epal tadi. Lakukan setiap pagi. Pastikan anda larutkan dulu cuka epal sebelum digunakan. Bukannya terus berkumur di dalam mulut. Ini kerana cuka epal yang pekat boleh menghakis lapisan enamel gigi lalu merosakkan gigi anda.

cara putihkan gigi
Sumber: Doctoroz

Apple cider vinegar + baking soda

Ini adalah gabungan dua bahan yang sangat berkesan untuk memutihkan gigi. Kalau anda kerap gunakan cara putihkan gigi yang ini, pastinya anda akan mendapat gigi yang putih berseri. Caranya, campurkan satu sudu kecil cuka epal ke dalam setengah cawan air. Kemudian masukkan sedikit baking soda. Celupkan berus gigi anda ke dalam air tadi, dah berus gigi anda. Air lebihan tadi boleh digunakan untuk berkumur. Amalkan seminggu sekali.

Apple cider vinegar + baking soda + serbuk arang

Ini pula adalah cara putihkan gigi paling berkesan yang ingin kami kongsikan kepada anda. Apa yang anda perlukan adalah satu sudu kecil cuka epal, sedikit baking soda, dan sedikit serbuk arang. Caranya:

  • Masukkan satu sudu kecil cuka epal ke dalam setengah cawan air
  • Masukkan baking soda
  • Masukkan serbuk arang
  • Kacau hingga sebati
  • Celupkan berus gigi anda ke dalam air campuran tadi dan gunanya untuk menggosok gigi
  • Baki air boleh digunakan untuk berkumur

Perahan lemon

Ini juga adalah satu lagi cara putihkan gigi yang sangat berkesan. Caranya ambil sebiji lemon, potong kepada hirisan kecil. Gunakan sekeping hirisan, perah airnya. Celupkan berus gigi anda ke dalam air perahan tadi, dan berus gigi anda. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapat gigi yang bersih dan putih.

cara putihkan gigi
Sumber: Yohfeed

Soda bikarbonat + perahan lemon

Anda boleh mencuba cara yang ini juga. Apa yang anda perlukan ialah soda bikarbonat dan sedikit perahan lemon. Caranya:

  • Masukkan satu sudu kecil soda bikarbonat ke dalam bekas
  • Perah sepotong lemon ke dalam bekas yang berisi soda bikarbonat tadi.
  • Campur sedikit air, kacau sehingga sebati. Jangan terlalu cair. Kepekatan seperti ubat gigi adalah yang terbaik
  • Sapukan pada berus gigi. Gosok gigi dan biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas.

Snek berserat tinggi

Tahukah anda bahawa amalan mengunyah makanan berserat tinggi adalah salah satu daripada cara untuk memutihkan gigi? Makanan berserat tinggi seperti epal, seleri, lobak merah, dan tomato boleh dijadikan sebagai snek dan dikunyah semasa anda lapar. Bagaimana makanan tinggi serat ini membantu memutihkan gigi?

Apabila anda mengunyah makanan tinggi serat dalam bentuk mentah, serat yang ada pada makanan tersebut akan bergesel dengan gigi anda lalu membantu membersihkan gigi dan membuang kesan kuning yang melekat pada gigi. Oleh itu, tukar snek anda kepada makanan berserat tinggi yang bukan sahaja boleh membantu memutihkan gigi malah membantu anda menjaga bentuk badan supaya kekal langsing.

Kayu sugi

Cara putihkan gigi yang seterusnya ialah dengan mengamalkan memberus gigi dengan kayu sugi. Ia merupakan sunnah yang menjadi amalan Rasulullah. Kayu sugi bukan sahaja membersihkan gigi dari kotoran malah ia juga memutihkan gigi. Anda akan mendapat gigi yang bersinar.

Itulah dia cara putihkan gigi yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara hilangkan selulit, cara kuruskan badan, dan punca bibir kering

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.