Apakah panduan untuk pilih telekung sembahyang (telekung solat) supaya tak tersalah beli? Mungkin ramai yang masih belum tahu selalunya telekung sembahyang ataupun telekung solat ini hanyalah di beli sesekali saja. Silap haribulan hanya akan beli sekali setahun apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Tidak kisahlah beli walaupun hanya sekali setahun mahupun beberapa tahun sekali sekalipun, yang penting telekung sembahyang itu terus digunakan selalu saban masa sebanyak lima kali sehari. Telekung yang dipakai semasa sujud pada Allah SWT itu sememangnya berasa sangat beruntung kerana di pilih untuk digunakan semasa berdepan dengan Tuhan.
Alang-alang bercerita tentang telekung sembahyang ataupun telekung solat ini, ingin rasanya untuk turut berkongsi tips sebagai panduan bagaimana untuk memilih telekung solat yang betul agar tidak tersalah beli.
Sebelum beli, pastikan untuk pegang dulu material kain tersebut. Pastikan ianya lembut dan tidak terlalu tebal. Untuk cara yang lebih baik, letakkan telekung tersebut ke atas lengan dan cuba rasai sendiri akan material kain tersebut. Sejuk ke tak, lembut ke tak dan ketebalan tu okay atau tidak. Jika semuanya okay maka bolehlah dipertimbangkan.
Sekarang ini di pasaran, telekung solat banyak yang dihasilkan dari kain jenis lycra. Tidak dinafikan, harganya memang murah namun kita juga kena tahu yang material lycra ini teksturnya adalah agak melekat di badan hingga boleh menampakkan susuk tubuh. Maka berilah perhatian lebih untuk perkara ini.
Bagi yang amat menitik berat soal aurat, pastikan cari telekung solat yang beralas dan tidak jarang. Tetapi jangan pula terlalu tebal. Ini kerana kain yang tebal boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan berpeluh ketika solat. Bila ini terjadi bagaimana nak solat dengan khusyuk nanti.
Pastikan juga untuk teliti bahagian jahitan muka. Bahagian muka ini penting dan sebolehnya cuba dulu telekung tersebut pada tubuh. Kena cuba bagi memastikan yang bahagian muka ini tidak terlalu ketat, tidak terlalu luas dan jangan di buat main kerana ketika solat rambut seorang perempuan itu adalah aurat.
Telekung ini didatangkan dalam pelbagai size. Maka pilihlah mengikut size yang betul. Ini penting kerana tersalah memilih saiz boleh menyebabkan kita tidak dapat menutup aurat dengan baik dan pemakaiannya juga akan terasa sangat tidak selesa.
Tidak hanya pada telekung di bahagian atas, untuk bahagian kain pakai juga perlu diteliti sebelum beli. Sebolehnya beli dengan melebihi ketinggian sebenar. Jangan terlalu labuh sangat, memadai sesuai dengan mengikut panduan berdasarkan kehendak agama Islam tercinta.
Jika semuanya dah okay, akhir sekali sudah tentulah pada bahagian jahitan. Jika jahitan juga tampak kemas dan berkualiti maka bolehlah anda beli telekung solat tersebut untuk diri sendiri mahupun sebagai hadiah pada mereka yang anda sayang.
Apa yang lebih menariknya lagi, telekung solat di zaman sekarang ini sudah ada bermacam rekaan. Eh jangan salah faham. Para pengeluar telekung solat atau telekung sembahyang ini masih menerapkan soal aurat semasa solat cuma telekung solat yang di pakai tu nampak cantik dan menarik.
Sebagai telekung solat yang di jual sekarang sangat cantik dan istimewa. Ini kerana pada sesetengah tempat pada telekung solat tadi turut diletakkan motif bunga dan sebagainya. Warna juga ada banyak pilihan berbanding dulu.
Kerana itulah telekung solat ini senantisa menjadi pilihan para bakal pengantin lelaki untuk dijadikan sebagai hantaran pada pihak pengantin perempuan. Telekung solat ini juga sangat sesuai untuk dijadikan simbolik.
Inilah masalah yang paling dikhuatiri. Sesungguhnya jika hanya sekadar ingin di beli kerana cantik, itu adalah satu kesilapan besar. Kita kena sedar yang telekung sembahyang itu adalah salah satu cara dekatkan diri dengan Allah SWT tetapi malangnya masih ramai yang hanya tahu beli terutama semasa nak raya tetapi tidak seghairah untuk menggunakannya setiap hari.
Untuk hal begini sama-sama kita doakan semoga kita sendiri akan ikut istiqamah dan semoga sahabat taulan, keluarga dan anak-anak kita akan ikut istiqamah juga.
Benar, telekung solat ini boleh menjadi satu simbolik. Kerana itulah pasangan yang bakal berkahwin di pihak pengantin lelaki akan membawa telekung ini sebagai pemberian kepada bakal isteri. Tidak hanya untuk hantaran ia juga boleh di beri sebagai hadiah kepada sahabat, anak perempuan, adik beradik dan sebagainya.
Telekung ini juga boleh di anggap sebagai satu doa kepada mereka yang diberikan telekung ini. Dan yang paling penting ia turut boleh menjadi satu ‘sumber’ pengaliran pahala kepada diri sendiri.
Bayangkan, kita letak secara sukarela akan telekung sembahyang ini pada sebuah surau berhampiran kediaman. Ada yang datang dan guna telekung tersebut, Allah SWT akan kurniakan pahala kepada diri kita sebagai himpunan saham untuk akhirat kelak. Itulah dia keindahan telekung solat yang patut kita amati.
1- Zaahara
2- WOM