Tahukah anda, kira-kira majoriti wanita yang bersalin normal akan mengalami luka di bahagian faraj kerana terkoyak sedikit dan ia perlu dijahit. Luka ini dipanggil sebagai luka perineum. Ia berbunyi sangat sakit tapi itu adalah hakikatnya. Kesakitan ini mengambil masa 2 minggu untuk hilang dan sembuh atau lebih dari 2 minggu mengikut cara penjagaan luka.
Para ibu yang baru lepas bersalin perlu menjaga luka perineum ini dengan sebaik mungkin untuk menghilangkan sakit luka. Penjagaan luka perineum ini memerlukan ketelitian kerana ia berdekatan dengan bahagian faraj wanita. Maka ia sangat sensitif. Penjagaan luka perineum ini bukan sahaja isteri yang perlu tahu, suami juga perlu tahu agar mereka akan lebih teliti dan faham keadaan isteri.
Bagaimanakah cara penjagaan luka perineum yang baik?
Mari kami kongsikan info sebenar 6 cara penjagaan luka perineum bagi ibu selepas bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
*Berikut adalah cara-cara penjagaan luka perineum selepas bersalin. Pastikan anda menjaga kebersihan diri dan luka tersebut sentiasa kering. Jika luka anda lambat baik atau berlaku pendarahan tidak berhenti dan banyak, cepat-cepat pergi berjumpa doktor pakar puan yang berdekatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.