Apabila musim banjir, banyak berlaku masalah yang mengakibatkan nyawa, peralatan rosak, aktiviti ditangguhkan dan pelbagai lagi. Musim banjir ini berlaku setiap tahun di Malaysia. Ia selalu berlaku di kawasan-kawasan tanah rendah kerana air cepat naik di kawasan tanah rendah.

Banjir mungkin berlaku akibat limpahan air dari takungan air, seperti sungai, tasik, atau lautan, di mana air melimpah atau memecahkan benteng, mengakibatkan sejumlah air tersebut melepasi dari sempadan biasa atau ia mungkin berlaku akibat pengumpulan air hujan di tanah tepu di kawasan banjir.

Banjir amat merbahaya kerana ia boleh membawa pelbagai penyakit kepada masyarakat. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika kawasan perumahan kita mengalami banjir. Bagi kawasan yang tanah tinggi, kebarangkalian untuk menghadapi banjir lebih rendah berbanding kawasan tanah rendah. Jadi, untuk jika tinggal di kawasan tanah tinggi.

Antara tempat yang sering berlaku banjir adalah negeri-negeri utara dan pantai timur Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis di Semenanjung. Antara puncanya adalah kerana musim tengkujuh. Jadi penting untuk kita tahu cara penjagaan kesihatan semasa banjir.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara penjagaan kesihatan semasa banjir. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

cara penjagaan kesihatan semasa banjir

Imej via Facebook

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir

—Lemas

—Terdedah kepada kecederaan

—Terkena renjatan elektrik

—Terdedah kepada jangkitan taun, cirit-birit dan demam kepialu

Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir

—Pindah ke pusat pemindahan apabila diarahkan

—Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir

—Elakkan meredah jalan raya yang ditenggelami air

—Matikan semua punca bekalan elektrik

—Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

Cara Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan

—Sentiasa minum air yang telah dimasak

—Makan makanan yang dimasak sahaja

—Elakkan memakan makanan mentah seperti ulam

—Jangan makan makanan yang terdedah

—Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling

—Cuci tangan sebelum makan dan selepas ke tandas

—Guna tandas yang sempurna

—Buang sampah di tempat yang betul

—Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor

—Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami cirit-birit atau muntah-muntah

*Jika berlaku banjir, kita perlu mengikut dan mendengar arahan yang diberikan oleh petugas yang bertugas untuk memindahkan kita ke pusat pemindahan. Elakkan anak daripada bermain dengan air banjir kerana ianya tidak bersih dan boleh membawa penyakit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.