Tngah cari cara pakai shawl yang menarik?
Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Wanita bukan sahaja menjaga kecantikan kulit dan bersenam untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal malah mereka juga sangat menitik-beratkan penampilan diri terutamanya pakaian. Salah satu daripada perkara yang paling penting bagi seorang wanita ialah hijab. Sudah menjadi kewajipan seorang wanita yang bergama islam untuk bertudung.
Pada zaman ini terdapat pelbagai jenis hijab yang trendy seperti shawal, tudung bawal, tudung sarung, shawl instant dan sebagainya. Shawl adalah salah satu tudung yang paling mendapat tempat dihati wanita di Malaysia dan istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan 7 cara pakai shawl yang anda boleh cuba.
Ini adalah cara paling mudah untuk memakai shawl. Hasilnya juga sangat cantik dan kemas malah membuatkan anda kelihatan lebih manis. Caranya:
Ini adalah gaya shawl yang paling in trend dan menjadi kegemaran ramai pada masa kini. Perhatikan sekeliling anda, pasti ramai yang menggayakan shawl dengan gaya ini. Kami yakin anda juga teringin untuk belajar cara untuk lilit shawl dengan gaya ini. Yang sebenarnya tak susah pun untuk menggayakan shawl dengan gaya highstreet. Ia nampak agak komplikated namun jika anda berlatih dengan kerap, pastinya anda akan menjadi pakar memakai shawl dengan gaya ini. Cara untuk memakai shawl gaya Highstreet adalah seperti berikut:
Shawl dengan gaya Damia juga menjadi kegemaran masa kini memandangkan ia adalah gaya yang dikenakan oleh ramai artis tempatan. Pastinya anda teringin untuk kelihatan cantik bergaya seperti artis pujaan. Jika anda menyangka bahawa gaya sebegini susah untuk dibentuk, anda adalah silap. Untuk mendapatkan shawl gaya Damia, cara-caranya adalah seperti berikut:
Kami namakan style ini sebagai Shawl gaya Solehah Inspirepire memandangkan gaya ini kami perolehi daripada inspirasi yang dikongsi oleh Soleheh Inspire. Caranya juga mudah sahaja malah dengan kemasan yang betul anda akan kelihatan awet muda. Cara untuk memakai shawl dengan gaya ini adlaah seperti berikut:
Seperti namanya, ini adalah gaya yang boleh anda kenakan jika memakai shawl yang mempunyai dua warna atau dwi tone. Pemakaian shawl dengan dua warna juga semakin mendapat tempat di hati wanita di Malaysia memandangkan ia menghasilkan efek yang segar dan manis buat pemakainya. Nak tahu cara untuk pakai shawl dua warna? Jom kami kongsikan:
Ini adalah shawl dengan gaya yang trendy dan dalam masa yang sama menyerlahkan ciri-ciri seorang wanita solehah kerana ia menutup dada dengan sepenuhnya dan shawl kelihatan lebih lebar berbanding gaya yang lain. Untuk mendapatkan shawl dengan gaya ini, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:
Bagi anda yang memakai tudung labuh dan dalam masa yang sama teringin untuk cuba pakai shawl, ini adalah gaya pakai shawl yang sesuai untuk anda memandangkan shawl gaya ini menghasilkan shawl yang labuh bukan sahaja dibelah hadapan malah di bahagian belakang juga. Malah bahu anda juga akan tertutup dengan shawl seperti memakai tudung labuh. Menarik kan? Jom kami kongsikan cara pakai shawl gaya Curlycandy iaitu:
Itulah dia info tentang 7 cara pakai shawl yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara pakai tali keledar keselamatan untuk ibu hamil dan cara menyediakan tempat tidur bayi yang betul.