Pernah atau tidak anda bayangkan tentang bagaimana cara orang kaya beli kereta sehingga mereka mampu memiliki bukan satu tetapi berpuluh kereta mewah sekaligus?

Sebut sahaja tentang orang kaya pastinya kita tidak akan lari dari gambaran kehidupan diri mereka yang mewah dan kaya raya. Pasti dalam fikiran sudah terbayang supercar seperti Bugatti, Mercedes, Pagani, Rolls-Royce, Ferrari, dan sebagainya begitu mudah mereka miliki.

Namun begitu, ada muslihat yang anda pasti tidak terfikir sebelum ini mengenai cara unik mereka ketika berbelanja.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara orang kaya beli kereta dengan mudah, jimat, dan menguntungkan.

Beli kereta mewah sebagai simbol kekayaan?

Segelintir orang lebih mementingkan kepada kebendaan berbanding rupa dan sebagainya. Malah ramai yang sanggup berhutang dan makan mi segera setiap hari untuk tampak mewah di depan mata orang lain.

Lantaran itu, ungkapan tentang beli kereta mewah sebagai simbol kekayaan memang diterima pakai oleh sesetengah orang.

Namun pastinya tidak semua orang berpandangan sedemikian. Sebenarnya, memiliki kereta yang lebih mahal langsung tidak menunjukkan kita kaya.

Hal ini kerana lagi banyak kereta, maka lagi tinggi kos yang perlu ditanggung. Individu yang betul-betul kaya adalah apabila kita memiliki kebebasan kewangan dan simpanan kecemasan yang mencukupi.

Senarai selebriti kaya yang pandu kereta biasa

Berikut ini kami senaraikan beberapa selebriti kaya raya yang mengamalkan kehidupan sederhana dengan memandu kereta biasa sahaja untuk ke mana-mana.

1. Warren Buffett (Cadillac XTS)

Cara orang kaya beli kereta

Warren Buffet, orang kelima terkaya di dunia ini hanya membeli sebuah Cadillac XTS (2014) untuk menggantikan kereta lamanya, Cadillac DTS (2006).

Selain beliau gemar akan jenama Cadillac, Warren juga tidak kerap membeli kereta baru disebabkan sangat jarang memandu, dan jarak pemanduan beliau sepanjang setahun adalah kira-kira 5,600km sahaja. 

2. Mark Zuckerberg (Acura TSX)

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook cuma memilih sebuah Acura TSX lama untuk dipandunya sehari-hari.

Sungguhpun jutawan, namun beliau akui bukan peminat kepada kereta-kereta besar atau supercar yang berharga puluhan juta ringgit.

3. Alice Walton (Ford F-150)

Cara orang kaya beli kereta

Alice Walton, pewaris kekayaan Wal-Mart sangat sukakan akan truk pikap model  Ford F-150 King Ranch (2006).

Menarik untuk dikongsi lagi, mendiang bapa beliau yang merupakan pengasas Wal-Mart turut memandu truk yang sama suatu ketika dulu.

4. Ingvar Kamprad (Volvo 240 GL)

Ingvar Kamprad, pengasas IKEA seorang peminat sejati kepada model Volvo 240 GL (1993) dari dulu sehingga kini.

5. Steve Ballmer (Ford Fusion Hybrid)

Steve Ballmer, bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Microsoft memilih Ford Fusion Hybrid.

6. Kirk Cousins (GMC Savana)

Kirk Cousins, pemain quarterback untuk kelab bola sepak Amerika yang mempunyai pendapatan tahunan lumayan sehingga RM100.8 juta.

Sungguhpun begitu, Cousin mempunyai gaya hidup biasa-biasa sahaja dan sangat cermat dalam menguruskan wang ketika berbelanja.

Faktor ini juga yang menyebabkan beliau memilih van penumpang GMC Savana dan bukan SUV mewah untuk dijadikan kenderaan rasmi.

Wajib tahu panduan cara orang kaya beli kereta

Terdapat empat cara orang kaya beli kereta yang anda perlu tahu untuk dijadikan panduan sebelum membeli sebuah kereta impian. Berikut adalah caranya:

1. Beli kereta terpakai

Seperti yang kita tahu, kereta bukanlah suatu aset yang baik jika kita sekadar menggunakannya sebagai kenderaan untuk ke mana-mana.

Kereta akan hilang nilainya selepas beberapa saat ia beredar dari kedai, itu perkara yang kita tidak boleh elakkan. Justeru itu, kereta bukanlah perkara yang diambil berat oleh sesetengah orang sungguhpun orang kaya.

Ada orang kaya yang tidak kisah untuk membeli kereta terpakai kerana mereka rasakan ia masih berbaloi dan jauh lebih murah berbanding beli kereta baru.

2. Elak beli kereta cash

Cara orang kaya beli kereta

Beli kereta secara cash memang sangat merugikan. Dari segi kewangan mungkin ia boleh digunakan untuk modal niaga atau bayar komitmen bulanan yang lain.

Dalam masa yang sama, kereta jika beli cash dan berlaku kemalangan, nilainya boleh jatuh jauh dari harga asal.

3. Elak bayar cukai jika beli kereta berhutang

Orang kaya tentunya tahu akan kesan cukai yang akan dikenakan ke atas mereka. Beli kereta mewah salah satunya cara untuk elakkan mereka dari membayar cukai yang tinggi.

4. Beli kereta setiap tahun

Mungkin cara ini sudah biasa kita nampak bagi golongan yang kaya raya di Malaysia. Orang kata beli kereta setiap tahun hanya untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar.

Contohnya, pendapatan Jutawan A adalah 30 juta setahun dan dia perlu membayar RM 4 juta cukai di Malaysia. 

Dengan membeli kereta bernilai RM 800 ribu Jutawan A hanya perlu membayar cukai berharga RM3 juta sahaja, misalnya. Konsep mudahnya untuk elak cukai tinggi, berbelanjalah lebih tinggi dari biasa.

Kesimpulannya, mahu beli kereta apa sahaja tidak menjadi masalah sama sekali. Yang penting ia perlulah sesuai dengan bajet diri masing-masing.

Selain dari cara orang kaya beli kereta ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kewangan seperti:

Rujukan:

  1. Billionaires Who Still Drive Cheap Cars. Goal Cast
  2. Beli Kereta Mewah, Orang Lain Tolong Bayarkan. Mohd Zulkifli
  3. Kenapa Orang Kaya Beli Kereta Import. Hafid Zarif

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.