Anak-anak zaman kini terdedah dengan alat gajet seperti telefon pintar, permainan video dan lain-lain lagi. Mereka sering bermain alat gajet sehingga ia menjadi satu habit. Hal ini amat serius kerana ia membuatkan anak-anak lalai dengan alam maya sehingga tidak ambil kisah dengan dunia realiti.

Ibu bapa perlu mengambil tindakan segera agar hal ini tidak menjadi satu masalah yang berpanjangan. Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik mereka dari rumah. Terapkan mereka dengan sifat ingin tahu dan nilai-nilai murni. Sebagai contoh, amalan membaca.

Membaca dapat menambah ilmu dan mengembangkan lagi pemikiran kita dengan hal dunia realiti. Bagaimana kita mahu didik anak kita untuk membaca dari kecil?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 cara mudah jadikan anak ulat buku. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

didik anak jadi ulat buku
Image via Azhan.co

5 Cara mudah untuk didik anak jadi ulat buku.

#1 – Bagi anak kita Authority dulu

Ya, biarkan anak kita yang pilih buku dengan bebas dan sesuka hati dia. Mula mula memang la dia baca buku komik atau buku yang tak berfaedah dulu tapi bila cinta pada buku tu dah berputik lama kelamaan semua jenis buku pun anak kita akan jatuh cinta

#2 – Jaga ‘state’ anak ketika dia bersama buku

Masa anak tengah membaca, jangan pergi jerkah atau pergi tengking dia. Walaupun dia koyakkan buku sekalipun! Kita taknak emosi dan pengalaman negatif tu dikaitkan ( anchored ) pada buku tu.

#3 – Jangan paksa anak membaca

Tugas kita bukan memaksa anak tetapi tugas kita adalah bagaimana kita nak anak kita tu ada ‘wonderful feeling’ bila tertengok buku buku tersebut.

#4 – Jadikan diri kita ‘teachable’

Sekali sekala tu buat buat je macam kita tak tahu apa apa dan minta anak kita ajarkan perkara perkara yang ada di dalam buku yang anak kita sedang baca tu. Ianya satu perasaan yang indah bila anak kita rasa dengan membaca buku, mereka sebenarnya sedang’ contribute’ sesuatu pada mak ayahnya juga

#5 – Jadikan diri kita model terbaik

Kebiasaan ataupun habit kita ni sejenis benda yang senang ‘ tular dan berjangkit ‘ pada anak kita. Itulah kenapa kalau habit kita suka main handphone setiap hari di depan anak-anak, maka habit tu pun akan melekat pada mereka.

*Jika kita tidak mampu untuk didik anak kita jadi ulat buku, seeloknya kita ikuti cara yang ke 5 iaitu jadikan kita sebagai model yang terbaik. Terdapat seorang bapa di luar negara, di mana anaknya suka membaca. Apabila ditanya apa yang bapanya buat, dia berkata bahawa dia selalu membaca buku atau surat khabar di depan anaknya. Oleh sebab itu, anaknya turut suka membaca.

Cerita ini telah dibuktikan bahawa amalan membaca perlu dimulakn oleh ibu bapa sendiri. Jika ibu bapa suka membaca, anak-anak juga akan ikut suka membaca. Tetapi kika ibu bapa sibuk bekerja dan bermain telefon bimbit, maka anak juga turut mengikutinya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikal asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.