Kolesterol jahat sememangnya adalah musuh utama tubuh badan kita. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan, malah akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami masalah jantung yang boleh menyebabkan kematian.

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan kolesterol jahat dan cara menurunkan kolesterol jahat dalam badan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kolesterol baik dan kolesterol jahat? Sebelum kita berbicara tentang cara menurunkan kolesterol jahat dalam badan, adalah sangat penting untuk kita mengetahui bahawa yang sebenarnya tak semua kolesterol memberikan kesan buruk kepada tubuh badan. Terdapat dua jenis kolesterol dan kedua-duanya mempunyai fungsi dan kesan yang berbeza kepada tubuh badan.

cara menurunkan kolesterol
Sumber: Doktorsehat

Jenis kolesterol yang pertama ialah kolesterol baik atau bahsa inggerisnya high density lipoprotein atau HDL yang berfungsi untuk membawa kolesterol dalam darah kembali ke hati di mana kolesterol tadi akan diproses dan dikeluarkan semula dari tubuh badan. Kolesterol baik adalah baik untuk tubuh badan.

Jenis kolesterol kedua ialah kolesterol jahat atau bahasa inggerisnya low density lipoprotein atau LDL . Ini adalah jenis kolesterol yang akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan dan ianya perlu dikawal. Di antara kesan kolesterol jahat kepada tubuh badan ialah:

  • Akan menyebabkan berlakunya enapan kolesterol pada dinding saluran darah
  • Menjadi punca berlakunya sumbatan pada arteri-arteri
  • Meningkatkan risiko serangan jantung
  • Meningkatkan risiko strok
  • Selalu kebas kaki
  • Kerap sakit dada
  • Mudah mengantuk
  • Timbul biji kolesterol iaitu bintik putih kekuningan di bawah mata
  • Mudah letih
  • Mudah sesak nafas
  • Mempunyai masalah keseimbangan badan

Apakah cara menurunkan kolesterol jahat yang paling berkesan? Jika anda mempunyai masalah kolesterol, anda boleh berikhtiar untuk menurunkan paras kolesterol dalam badan dengan mengamalkan cara-cara yang berikut:

Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara adalah salah satu ikhtiar menurunkan paras kolesterol yang sangat berkesan. Ini kerana minyak kelapa dara sangat kaya dengan asid lauric yang membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam badan. Apabila paras kolesterol baik adalah tinggi, secara automatik kolesterol jahat akan semakin berkurangan dalam darah anda. Amalkan minum satu sudu minyak kelapa dara seriap pagi dan malam.

cara menurunkan kolesterol
Sumber: Evamum

Cuka epal atau apple cider vinegar

Cuka epal atau apple cider vinegar adalah makanan yang sangat berkhasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Mungkin ia paling popular untuk menurunkan berat badan, namun yang sebenarnya cuka epal juga boleh dijadikan sebagai salah satu ikhtiar untuk menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan. Bagaimana cara menurunkan kolesterol dengan menggunakan cuka epal?

  • Ambil satu sudu besar cuka epal
  • Campurkan dengan segelas air suam
  • Minum dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan malam
  • Kalau anda tak mampu untuk minum cuka epal yang dicampur dengan air suam, anda boleh juga campurkan cuka epal dengan jus oren, jus epal, atau jus oren.

Untuk pengetahuan anda, selain menurunkan paras kolesterol, cuka epal juga berfungsi untuk merawat penyakit darah tinggi, gout, acid reflux, menurunkan berat badan, memutihkan gigi, dam sebagainya. Pendek kata, mengamalkan minum cuka epal setiap hari adalah sangat baik untuk kesihatan anda.

Buah oren

Tadi kami ada cadangkan anda menggantikan air suam dengan jus oren sekiranya anda tak mampu untuk menelan cuka epal dengan air suam. Kenapa kami masukkan jus oren dalam senarai cadangan?

Yang sebenarnya buah oren sangat membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ini kerana buah oren kaya dengan vitamin C, folate dan flavanoids. Anda boleh makan sebiji buah oren setiap pagi dan malam. Atau boleh juga dijadikan sebagai jus, namun seeloknya elakkan daripada memasukkan gula kedalam jus anda.

Bawang merah

Mungkin anda tak percaya bahawa bawang merah yang biasa kita gunakan dalam masakan setiap hari sebenarnya mampu menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh badan. Menurut kajian, bawang merah mempunyai kemampuan untuk membantu tubuh badan membuang kolesterol yang jahat dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan paras kolesterol baik.

Anda boleh masukkan bawang merah dengan banyak kedalam masakan setiap hari. Atau boleh juga jadikan bawang sebagai ulam. Atau pun anda juga boleh buat jus bawang yang dicampurkan dengan sebiji madu dan minum sedikit demi sedikit sepanjang hari.

cara menurunkan kolesterol
Sumber: Tribunnews

Biji ketumbar

Salah satu petua orang lama untuk menurunkan kolesterol dalam badan ialah dengan mengamalkan minum air rebusan biji ketumbar. Biji ketumbar ialah herba yang kebiasaannya ada di setiap dapur di Malaysia. Jika anda tidak kenal biji ketumbar, boleh pergi ke kedai runcit atau kedai india dan minta bungkuskan sedikit biji ketumbar. Cara menurunkan kolesterol menggunakan biji ketumbar adalah seperti berikut:

  • Masukkan dua sudu biji ketumbar bersama satu cawan air kedalam periuk.
  • Rebus sehingga mendidih
  • Tapis dan minum air rebusan tadi sebanyak dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam
  • Kalau anda tak mampu untuk minum air rebusan tersebut disebabkan oleh rasanya, boleh juga masukkan sedikit madu untuk memberikan rasa manis.

Apa yang menarik, amalan minum air rebusan biji ketumbar bukan sahaja dikatakan mampu membantu menurunkan kolesterol jahat dalam badan malah ia juga dipercayai dapat merawat penyakit kencing manis. Cubalah!

Itulah dia tadi info tentang cara menurunkan kolesterol yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca kolesterol

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.