Selalu kita lihat bayi yang baru lahir ada tahi mata pada bahagian kelilingan mata bayi. Ibu bapa pasti ingin membersihkannya, bukan? Namun ada cara yang betul untuk membersihkan tahi mata si bayi. Bukan dengan sewenang-wenangnya membersihkan tahi mata bayi dengan menggunakan cara-cara yang tidak masuk akal.

Ada mitos yang mengatakan cara membersihkan tahi mata bayi adalah dengan menitiskan susu ibu di mata bayi dan pelik kedengarannya, menjilat mata bayi dengan air liur.  2 perkara ini adalah mitos dan tidak benar.

Bagaimanakah cara yang betul untuk membersihkan tahi mata si bayi?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai 3 cara yang baik untuk menguruskan masalah tahi mata bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Bayi Sakit Mata: Tahi Mata Pada Bayi Baru Lahir

masalah tahi mata si bayi

Imej via Facebook

Kami mendapatkan pandangan Dr. Edward Surjono, berkaitan penyebab bayi sakit mata sebegini serta cara yang tepat untuk menanganinya. Kami pasti anda pernah menerima beberapa tips yang kurang masuk akal untuk menyembuhkan bayi sakit mata, namun adakah ia berkesan?

Apa Yang Menyebabkan Mata Bayi Penuh Tahi Mata ?

Tahi mata terjadi pada bayi kerana saluran air matanya masih belum terbentuk dengan sempurna, menyebabkan air mata tidak keluar dengan baik. Malah bayi sering menangis tanpa air mata, tetapi keadaan ini tidak berbahaya selagi tidak ada jangkitan.

Cara Terbaik Mengatasi Masalah Tahi Mata Pada Bayi

1. Melalui Urutan

Dr. Edward Surjono, Sp.A mengatakan, cukup sekadar memberi urutan lembut di antara mata dan hidung si bayi. Cara ini adalah yang terbaik untuk mengatasinya.

2. Bersihkan Tahi Mata

Gunakan kapas basah untuk membersihkan tahi mata dari mata bayi. Cara membersihkannya adalah dari arah dalam ke luar.

3. Bawa Ke Doktor Jika Perlu

Kebiasaannya masalah tahi mata akan hilang ketika saluran air mata telah terbentuk sempurna, ini bermakna beberapa minggu kemudian. Sekiranya masalah tersebut masih lagi terjadi sehingga bayi berusia 8 bulan, bawalah ke doktor untuk mendapatkan bantuan doktor.

*Masalah tahi mata pada mata si bayi adalah perkara yang selalu terjadi. Tetapi ibu bapa jangan risau kerana ia boleh dirawat dengan segera. Cuma ibu bapa jangan mudah percaya dengan mitos-mitos yang tidak benar, Seelok-eloknya, bawa bayi berjumpa doktor jika ada apa-apa perkara yang pelik berlaku. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.