Setiap wanita sukakan kecantikan. Siapa yang taknak cantik, kurus dan langsing? Kita nak cantik bukan untuk ditayang kepada orang lain tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Pastinya kita sentiasa mencari tips dan petua untuk cantik dengan cara semulajadi dan tanpa melibatkan kos yang mahal.
Lagi murah lagi kita suka. Setuju? Tahukah anda bahawa yang sebenarnya kita boleh cantik dengan menggunakan kiub ais.
Terkejut? Ramai wanita tak tahu tentang ini. Sangatlah rugi kerana ais kiub tidak memerlukan kita mengeluarkan duit yang banyak. Malah kita boleh buat sendiri di dapur. Apa yang penting kita ada peti ais dengan bahagian sejuk beku yang berfungsi, dan rajin untuk menyediakan kiub ais tersebut. Jom lihat cara menggunakan ais di muka untuk cantik, petua dan kelebihan yang anda wajib tahu.
Cara pertama untuk menggunakan ais bagi tujuan kecantikan ialah dengan membuat ais kiub dari air masak atau air bertapis. Kami tidak galakkan anda menggunakan air paip kerana kandungan klorin yang tinggi serta ia mengandungi bahan benda asing lain yang tidak semestinya bersih. Cara untuk menyediakan ais kiub adalah seperti berikut:
Anda juga boleh menyediakan ais kiub dengan menggunakan timun. Sememangnya timun telah digunakan untuk tujuan kecantikan sejak dulu lagi. Timun bukan sahaja menyegarkan wajah malah dalam masa yang sama membantu untuk mencantikkan kulit. Untuk menyediakan ais kiub timun, apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:
Anda pernah gunakan masker tomato untuk kecantikan kulit muka? Atau anda pernah jadikan tomato sebagai toner untuk dispray pada kulit muka? Anda mungkin tak tahu bahawa tomato juga boleh dibekukan sebagai ais kiub dan digunakan pada muka untuk tujuan kecantikan. Untuk menyediakan ais kib tomato, apa yang perlu anda lakukan ialah:
Selalu kita tengok kat spa orang ambil pakej berendam dalam air mawar. Malah ada juga toner atau penyegar muka yang berasaskan air mawar. Tahukah anda bahawa air mawar sangat baik untuk kecantikan kulit. Ia bukan sahaja menaikkan seri wajah malah membantu untuk kekal awet muda. Selain itu anda juga boleh menggunakan ais kiub kelopak mawar pada wajah untuk mendapat khasiat dan kebaikannya. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
Pastinya anda ingin tahu apakah kelebihan ais kiub unuk kulit sehinggakan ramai yang mengamalkan petua ini. Menurut pengalaman mereka yang mengamalkan ais untuk kecantikan kulit, di antara kesan yang dapat dilihat ialah seperti berikut:
Itulah dia info tentang cara menggunakan ais di muka yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat halia, khasiat halba, dan khasiat tomato