Selepas melalui proses bersalin, pelbagai penyakit yang menimpa diri. Sebagai contoh, sakit tulang belakang, badan masuk angin, rengat dan lain-lain lagi. Antara penyakit yang selalu ada semasa berpantang, rengat antara penyakit yang sangat sakit dihadapi oleh ibu berpantang.

Rengat dirasai selepas terus proese bersalin, lebih-lebih lagi semasa ingin menyusukan anak. Rasa sakit rengat ini seperti senggugut atau rasa sakit kontraksi bersalin. Ia terjadi kerana berlakunya pengecutan peranakan ibu selepas bersalin. Ia memang menyakitkan sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi rengat?

Mari kami kongsikan kepada anda mengenai cara mengatasi rengat. Info ini dikongsikan oleh Puan Siti Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.

Cara mengatasi rengat selepas bersalin

cara atasi rengat

Imej via liputan6.com

1. Keep yourself warm right after birth.

– Sejurus selepas bersalin, pakai baju lengan panjang. Pakai stokin sampai paras peha. Boleh pakai Minyak Herbanika atau Diang untuk panaskan badan. Keyword dia, ibu kena rajin berpeluh.

– Rata-rata bersalin hospital berhawa dingin. Sebab itu ramai yang rengat sebab sudah terdedah dengan cuaca sejuk. Try to avoid direct contact with A/C atau kipas selepas bersalin.

2. Tuam.

– Pastikan bawa water bag ke hospital. Sejurus lepas bersalin, minta suami letakkan air suam-suam panas dalam beg. Cepat-cepat letak atas ari-ari. Kalau ada 2 lagi elok, letakkan kat tapak kaki sekali.

3. Buat urutan usapan selepas bersalin

– Ada satu teknik perbidanan yang dilakukan oleh bidan-bidan sejurus sejam selepas bersalin yang dinamakan urutan usapan. Siapa yg pernah datang kelas kak ice dah pernah hands on dan belajar. Kalau yg nak belajar jemput dtg kelas aturan berpantang.

– Kalau tidak reti, ambil minyak herbanika, sapu dan usap perlahan-perlahan di kawasan perit dan ari-ari ibu. Tak perlu tonyoh kuat-kuat ya. Cukup sekadar nak kasi minyak berubat meresap masuk ke dalam perut ibu.

4. Kopi O

– Amalan kopi O bersama kuning telur ayam kampung mentah sangat-sangat membantu. Telur akan jadi bisa bila dimasak dan bukan ayam kampung ori.

5. Akar Herbanika panas + Nu3Med

– Amalan sejurus keluar labor room sangat-sangat membantu. Ia tak akan hilangkan rengat. Tetapi akan kurangkan sakit rengat tu.

Lagi ramai anak, lagi kuat rengatnya ya. Sebab lagi ramai anak, lagi lebar renggangan otot rahim.

*Jika berlaku rengat selepas bersalin, cuba 5 cara ini yang dikongsikan oleh puan Aisyah. Ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengatasi rengat. Ia juga adalah cara tradisional dan selamat diamalkan jika terkena rengat selepas bersalin. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.