Apabila anak anda sudah berumur 3 tahun dan ke atas, pastinya anda mula memikirkan tentang pendidikan anak anda. Kebanyakan ibu bapa akan mula memperkenalkan huruf ABC dan nombor asas 123 kepada anak-anak mereka. Malah ada ibu bapa yang mula menghantar anak mereka ke tadika atau playgroup bagi memperkenalkan konsep pembelajaran kepada anak mereka.
Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara mengajar anak mengenal huruf ABC dengan cara santai dan mudah tanpa memaksa anak anda sehingga menyebabkan anak anda stress lalu hilang minat untuk belajar.
Percayalah bahawa anak anda tidak akan berminat sekiranya anda mengajak anak anda membaca semata-mata dengan cara mengadap buku. Cara yang akan lebih menarik minat anak anda ialah dengan cara belajar sambil bermain. Sebagai contoh, semasa anak anda sedang seronok bermain dengan permainan kegemarannya, anda boleh datang duduk di sebelah dan mengajak anak anda bermain sambil menyebut huruf ABC.
Sekiranya mainan anak anda mempunyai nama masing-masing, anda juga boleh ajarkan huruf kepada anak anda dengan menyebut huruf pertama dalam nama permainan tersebut.
Anak akan mudah bosan jika anda mengajar menggunakan buku. Kami cadangkan anda beli flash card ABC kerana kebiasaannya kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar menggunakan flash card kerana ianya lebih menarik berbanding membaca dari buku. Malah kajian menunjukkan bahawa penggunaan flash card dalam pembelajaran membantu otak anak untuk lebih ingat dan faham.
Semasa menggunakan flash card, ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak anda iaitu:
Sekali lagi, belajar sambil membaca buku akan menyebabkan anak anda mudah bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian untuk tempoh masa yang lama. Apa yang boleh anda lakukan ialah ajak anak anda untuk belajar abc dengan cara menyanyi dan menari. Anda boleh buka lagu-lagu abc di youtube dan ajak anak anda untuk menyanyi bersama. Pastinya anak anda akan berjaya mengena huruf abc dengan cepat melalui cara ini.
Dalam zaman serba moden ini, tak salah kalau anda gunakan teknologi canggih yang ada di sekeliling untuk mengajar anak anda mengenal huruf abc. Anda boleh dowbload aplikasi abc dan ajak anak anda bermain bersama. Pastinya anak anda akan sangat berminat untuk mengenal abc dengan cara ini. Terdapat banyak aplikasi abc yang boleh anda download. Diantaranya ialah seperti berikut.
Android:
Apple:
Anak-anak akan mudah berasa bosan dan susah untuk menumpukan perhatian jika anda mengajar anak untuk tempoh yang terlalu lama. Menurut kajian, bagi kanak-kanak yang berumur 4 sehingga 6 tahun, anak perempuan hanya mampu memberikan sepenuh perhatian kepada pembelajaran selama 5 minit manakala bagi anak lelaki, mereka hanya mampu fokus selama 2 minit.
Oleh itu, jangan mengajar dengan terlalu lama. Pada pendapat kami, 10 sehingga 15 minit adalah tempoh yang sesuai untuk anda mengajar anak mengenal huruf abc secara santai, mudah, dan berkesan.
Satu lagi tips yang perlu anda ingat dan amalkan ialah pastikan anda berhenti mengajar sebelum anak anda menjadi bosan dan hilang minat untuk belajar. Sentiasa perhatikan wajah dan bahasa badan anak anda semasa mengajar. Jika matanya sudah mula meliar memandang sekeliling dan mula tidak boleh duduk diam, tiba masanya untuk anda berhenti.
Ini adalah sangat penting. Pastikan sesi pembelajaran anda adalah pendek, iaitu dari 10 sehingga 15 minit sahaja dan berhenti sebelum anak anda menjadi bosan. Apa yang penting ialah anda kerap mengajar anak anda dalam masa sehari. Mungkin anda boleh ajak anak anda belajar setiap 3 jam.
Agar anak anda tidak bosan, pastikan anda mempelbagaikan aktivit untuk hari yang sama. Contohnya, jangan gunakan flash card sahaja. Untuk sesi seterusnya, ajak anak anda menonton lagu abc di youtube sambil menyanyi bersama.
Itulah dia info tentang cara mengajar anak mengenal abc dengan cara santai dan mudah yang boleh anda praktiskan di rumah. Semoga bermanfaat buat anda. Sekiranya anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian kami tentang idea kreatif tarik anak minat membaca, cara aktifkan deria belajar anak, dan tips belajar sambil bermain dengan anak