Ketika hamil, banyak masalah yang berlaku antaranya sakit-sakit badan, ketidakselesaan payudara, sesak nafas, sembelit dan pelbagai lagi. Perkara ini adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh para ibu hamil. Masalah ini juga yang menjadi satu cabaran untuk ibu hamil. Oleh sebab itu, ibu hamil ini adalah wanita yang paling kuat dan penyabar.
Tetapi, jangan risau. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Cuma, bagaimana ibu hamil mahu menandingi masalah-masalah tersebut? Setiap masalah ada cara tersendiri untuk menyelesaikannya.
Mari kami kongsikan kepada anda mengenai cara untuk menandingi masalah kesihatan ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.
– Elakkan mandi malam (meskipun mandi air suam). Mandi air suam ketika waktu siang.
– lakukan renggangan yang sesuai untk ibu hamil
– Elakkan tidur menelentang.
– digalakkan pergi berurut dan bertuam utk melegakan kesakitan. Pastikan anda diurut oleh juru urut bertauliah untuk memastikan juru urut anda tidak menekan poin2 yang sensitif pada ibu hamil yang boleh merangsang kehamilan awal.
– Ibu perlu kawal pemakanan untuk elakkan pertambahan berat badan yang drastik.
– Boleh tuam pada kawasan yang tidak selesa dengan bantal air panas.
– Rajin2 lakukan senaman renggangan ketika hamil. Elakkan senaman yang banyak baring ya.
– Pakai tali pinggang yang dibuat khas untuk menampung perut anda.
– Elakkan kasut tumit tinggi
– Jangan berdiri terlalu lama
– Tidur di atas tilam yang selesa
– Elakkan angkat benda2 berat
– pastikan anda menukar bra anda kepada size yang lebih selesa.
– kawal berat badan
– tidur secara mengiring
– banyak minum air
– banyak makan sayur dan buah
– amalkan Phyto Cleanse Plus dari NR untuk melawaskan pembuangan air besar.
– selalunya berlaku 20 minggu ke atas.
– ubah posisi anda
– cuba makan! Kadang2 bayi kelaparan membuatkan ibu rasa kontraksi
– jika kontraksi berlaku bawah dari 20 minggu, sila ke hospital dengan kadar segera.
– Rasa pedih ketika kencing. Selalu berlaku disebabkan jangkitan ketika hubungan kelamin
– Disarankan suami jaga kebersihan zakar sebelum bersama. Basuh zakar dengan Barra Gel dari NR
– Ibu2 juga digalakkan menggunakan Barra Gel setiap pagi dan malam, malah selepas bersama.
– Amalkan minum air barli.
– Amalkan minum air Akar Herbanika NR bersama madu lebah
– Jangan bangun secara mendadak dari duduk atau dari tidur
– periksa tekanan darah anda. Tekanan yang terlalu tinggi dan rendah boleh menyebabkan rasa pusing dan pitam.
– minum air secukupnya
– jangan stress
– pastikan anda tidak berlapar
– elakkan ubat tahan sakit.
– elakkan makan makanan yang pedas, terlalu berminyak, terlalu manis dan bergas.
– Makan kuantiti sedikit tetapi kerap
– Jangan terus tidur lepas makan
– elakkan banyak makan makanan berdaging. Banyakkan makan ikan
– Banyak makan buah sayur
– Cukupkan keperluan air harian
– Elakkan meneran ketika membuang air besar.
– Amalkan Phyto Cleanse Plus dari NR utk melawaskan pembuangan air besar.
– Elakkan berdiri terlalu lama
– Elakkan bersejuk (mandi malam/minum ais/tidur dalam bilik air cond)
– Sapu Minyak Herbanika dari NR utk melembutkan urat. Pakai stokin selepas minyak disapu
– Elakkan makan makanan tinggi gula
– Elakkan makan makanan berhormon (ayam bandar, ikan bela seperti keli siakap talapia patin etc)
– Rajin2 meruang (jika tiada masalah kandungan)
– Lakukan rawatan lulur sepanjang kehamilan untuk memastikan kerak kulit tidak menjadi terlalu ketara.
– Pemakaian lulur yang bagus dapat membantu mengelakkan masalah stretch mark juga.
– Rawatan yang berterus membantu mengurangkan kerja keras ibu utk kecantikan kulit ketika dalam pantang.
*Ini adalah cara tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan ketika hamil. Boleh cuba cara ini kerana ia mudah dan juga hanya perlu menjaga pantang ketika hamil. Jika masalah ini tidak dapat ditandingi dan diselesaikan, lebih baik berjumpa doktor pakar untuk diperiksa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.