Zaman persekolahan sudah bermula. Ramai ibu bapa yang sibuk membuat penyediaan untuk anak-anak pergi ke sekolah. Lebih-lebih lagi anak yang baru mula masuk ke alam persekolahan. Perasaan teruja tidak dapat digambarkan lagi di muka anak-anak. Mereka rasa teruja untuk mula bersekolah.

Ibu bapa semestinya akan membeli peralatan menulis, beg sekolah, kasut sekolah dan lain-lain lagi untuk anak. Peralatan menulis, kasut sekolah dan lain-lain tidak menjadi masalah ketika membeli dan tidak kisah jenis apa yang dibeli. Tetapi, pemilihan beg sekolah amat penting. Kenapa?

Beg sekolah akan digunakan untuk membawa buku, alat tulis dan botol air. Jika salah membeli beg sekolah kemungkinan beg sekolah tidak akan tahan lama dan bahu akan terasa sakit. Selain itu, cara menggalas beg juga perlu betul. Itu adalah salah satu punca kenapa bahu kita sakit.

Bagaimana pemilihan beg sekolah yang betul?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai pemilihan beg sekolah yang selesa dan betul. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

Cara pilih beg yang betul

cara pilih beg galas

Imej via Facebook

1. Jenis:— mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.

2. Dalaman:— mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.

3. Saiz:— bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.

Cara galas beg yang betul

cara pilih beg galas

Imej via Facebook

1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.

2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh dan tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.

cara pilih beg galas

Imej via Facebook

3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.

*Kita mungkin tidak perasan bahawa jika beg sekolah yang digalas oleh anak tidak selesa dan betul, ia boleh mengakibatkan bahu sakit dan badan menjadi bongkok sedikit. Cuba membeli beg seperti ciri-ciri yang dinyatakan seperti di atas. Apabila anak selesa memakai beg sekolah, baru lah mereka semangat untuk pergi ke sekolah.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.