Berpantang selepas bersalin bukan sahaja perlu pantang makan sahaja. Apabila sebut berpantang, mesti kita ingat pantang makan sahaja. Tidak boleh makan itu, makan ini, hanya boleh makan makanan rebusan, bakar, dan yang sihat-sihat sahaja. Bukan itu saja yang kita perlu jaga.
Malah, ada pantang lain juga yang kita perlu jaga. Apakah pantang tersebut? Mandi. Ia kita juga perlu jaga cara mandi kita kerana ia memberi kesan terhadap kesihatan kita. Jika salah cara mandi, mulalah badan masuk angin dan mula sakit-sakit sendi. Jika kita sakit bagaimana mahu menyusu anak.
Mari kami kongsikan kepada anda mengenai cara mandi yang betul ketika dalam pantang. Info ini dikongsikan oleh Puan Siti Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.
Awal pagikah? Tengah harikah? Malamkah?
Untuk soalan ini, selepas diteliti dan diperhalusi ia bergantung kepada apakah rawatan yang akan kita jalani sepanjang hari itu. Jika anda jenis tidak buat apa-apa rawatan (sebab tidak reti atau tidak tahu nak buat rawatan sendiri), maka mandilah ketika waktu dhuha iaitu antara pkl 10am – 12pm.
Kalau anda ada plan nak buat rawatan tuaman/salai/berdiang selepas mandi, atau ada bidan nak datang buatkan rawatan main haba seperti di sebut tadi, maka Kak Ice cadangkan anda mandilah di awal pagi dalam pukul 7am – 8am. Sekurang-kurangnya, anggarkan masa di mana sejurus mandi je, rawatan main haba ni dah boleh dilakukan ke atas anda.
Pakailah air mutlak. Yang penting suam-suam panas. Kalau mampu, pakailah air rebusan serum iaitu air rebusan daripada daun2 bersifat aromatik dan antiseptik seperti serai wangi, kunyit, pandan, inai dan sireh. Kalau kamu jenis tak kenal daun2 herba ni, memadailah pakai water heater sahaja.
Ni kak ice bagi resepi paling simple untuk buat mandian serum sendiri. Daun-daun ini selalu ada keliling rumah. Tidak perlu masuk hutan.
Daun ni boleh rebus banyak kali sampai hilang baunya
Bunjut susu
Rebus kesemua termasuk bunjut susu dengan air 2 litre. Bila sudah menggelegak, masukkan dalam baldi 7 litre. Penuhkan dengan air paip biasa.
1. Basuh kawasan sulit dan cuci kotoran nifas dengan air suam biasa.
2. Ratakan 1 gayong air suam/serum keseluruh badan (sehingga dada shj)
3. Sabun-sabun seluruh badan.
4. Bilas sabun dengan lebihan air suam/serum
5. Untuk leher, muka dan kepala cuci dengan air paip biasa (jangan guna air suam) untuk elakkan kulit wajah berkedut, rambut gugur dan migrain.
6. Selepas mandi terus keringkan badan dan kepala jangan sampai kena sapa angin sejuk badan jadi seram sejuk.
BERAPA BANYAK AIR BOLEH SAYA MANDI DALAM SEHARI
Kalau nak badan firm dan tak menggeleber, catuan mandi ialah 1 baldi sederhana besar sehari. (7 liter)
BERAPA LAMA TEMPOH MANDI
Tidak lebih dari 10 minit. Jangan berlama2 di dalam bilik air. Tempat sejuk buatkan senang ibu terkena bentan.
BERAPA KALI SAYA BOLEH MANDI DALAM SEHARI
Untuk elakkan badan dimasuki angin, mandi sehari sekali je. Petang tu cukup buat “dry cleaning” iaitu lap dengan tuala basah sahaja.
WAKTU DILARANG MANDI
1 jam sebelum maghrib sampailah waktu dhuha.
Ibu selepas bersalin mudah diserang bentan (badan menggigil, tubuh panas tetapi sejuk di dalam). Siapa dah kena bentan je tau betapa azabnya bentan ni. So amalan ni nak mencegah ibu dari terkena bentan. Sebab bentan ni kalau dah teruk boleh menyebabkan ibu mudah diserang sawan, sakit sendi dan juga angin ahmar ketika dalam pantang.
Amalan bercatu air membantu ibu mendapatkan kulit yang tegang dan tidak menggeleber sehabis tempoh 44 hari. Bagus juga utk jaga urat ibu. So, takdelah habis pantang sibuk sangat sakit urat.
*Selepas ini, jangan ingat makan saja yang perlu dipantang, malah mandi juga perlu dipantang. Jika tidak mahu diserang bentan, baik jaga cara mandi ketika berpantang. Apa yang penting air mandian perlu suam dan jangan sejuk. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.