Sedu menjadi perkara normal atau biasa yang berlaku kepada manusia. Bagi sesetengah orang yang ada masalah sedu berpanjangan, tentunya ini menjadi masalah yang sangat menjengkelkan kerana rasa tidak selesa yang berlaku apabila melakukan aktiviti seharian.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara hilangkan sedu berpanjangan khusus untuk orang dewasa.
Organ penting yang menyebabkan sedu adalah diafragma. Sedu terjadi apabila otot diafragma mengecut secara tiba-tiba tanpa kawalan sehingga menyebabkan kita menarik nafas secara tiba-tiba.
Dalam masa yang sama juga peti suara akan tertutup dan menyebabkan terhasilnya bunyi sedu.
Sebab-sebab yang berlakunya sedu adalah kerana makan terlalu banyak dan terlalu laju, minum minuman berkarbonat, makan makanan pedas, stress, dan pengambilan alkohol.
Dalam kebanyakkan kes, sedu boleh hilang dengan sendirinya. Namun ada juga dalam keadaan tertentu, ia sukar hilang sehingga sedu berlaku berpanjangan.
Untuk itu tidak ada cara lain selain kita aplikasikan cara hilangkan sedu berpanjangan sendiri. Antara petua yang boleh diikuti adalah seperti:
Air suam banyak khasiatnya yang mana ia membantu peredaran darah apabila arteri dan urat mengembang lalu membawa darah dengan lebih berkesan ke seluruh tubuh.
Hanya sahaja sebagai cara hilangkan sedu berpanjangan dengan air suam ia perlulah dilakukan dengan teknik yang betul.
Anda boleh minum air suam dengan perlahan tanpa henti untuk bernafas. Air panas yang mengalir ke dalam badan dapat menghangatkan perut dan diafragma.
Kesannya, diafragma akan berkembang dan aliran udara dalamnya akan menjadi lancar.
Sedu menjadikan badan kita stress dan pernafasan pula cepat tanpa kawalan. Hal ini menyebabkan pembuluh darah mengecut sehingga mengurangkan kadar karbon dioksida dalam badan.
Dengan mengawal pernafasan yang betul, kita akan menjadi tenang apabila berhadapan dengan masalah sedu.
Teknik pernafasan yang betul adalah seperti yang berikut:
Valsalva maneuver adalah satu keadaan di mana kita menghembuskan nafas dalam keadaan salur pernafasan tertutup. Contoh angkat berat, meneran ketika buang air besar, atau sebagainya.
Bodybuilder buat maneuver ini sebab mereka mahu tingkatkan tekanan dalam perut (intraabdominal pressure) masa angkat.
Lemon memiliki khasiat sebagai antiseptik dan antibakteria yang bagus sebagai cara hilangkan sedu berpanjangan.
Caranya, masukkan lemon ke dalam air suam kemudian minum secara perlahan selagi masih hangat untuk dapatkan khasiatnya.
Arteri karotid berada pada kedua-dua belah leher kita. Jika anda mengeliat, menguap, atau mahu memeriksa denyutan nadi di leher, arteri karotid lah menjadi lokasi yang betul.
Dikatakan bahawa urutan arteri karotid adalah mampu untuk menghilangkan sedu kerana ia membantu dalam meningkatkan aliran darah.
Caranya, putarkan kepala ke kiri, dan urut arteri di sebelah kanan dalam gerakan bulat selama 5 hingga 10 saat. Kemudian ulang perkara yang sama untuk kepala di sebelah kiri pula.
Jerit dengan kuat dalam tempoh yang panjang kadang kala boleh menyembuhkan sedu. Cubalah jerit dengan suara yang kuat dan masa yang panjang tanpa putus.
Cara alami seperti ini berkesan kesan dari otot sekeliling meregang seterusnya mengurangkan tekanan dan menghilangkan sedu.
Letakkan kuib ais dalam mulut dan hisapnya hingga ia cair sepenuhnya.
Perbuatan menjelirkan lidah yang biasa kita lihat sedikit menjengkelkan ini sememangnya boleh hilangkan sedu.
Jelir lidah yang dilakukan berkali-kali mampu untuk merangsang saraf dan otot di bahagian kerongkong untuk mengatasi kekejangan yang disebabkan oleh sedu.
Kawasan yang perlu anda perhatikan adalah diafragma yang menjadi organ pemisah antara paru-paru dan abdomen. Tekan di bahagian bawah tulang rusuk terakhir kita.
Percaya atau tidak, otak kita ini terlalu hebat ciptaannya. Kita sebenarnya boleh menyembuhkan sedu dengan hanya mengalihkan fokus untuk buat perkara lain.
Selain dari panduan cara hilangkan sedu berpanjangan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan sedu seperti:
Sumber: