Ada bermacam jenis parut jerawat. Parut hitam, parut berlubang kecil, parut berlubang besar macam kawah gunung berapi, ada juga parut jerawat jenis timbul macam keloid.

Walau apa jenis sekali pun, parut jerawat sememangnya mencacatkan wajah, tak kira lelaki atau perempuan.

Sumber Gambar: TambahCheeze

Nak tak kalau kami kongsikan cara hilangkan parut jerawat yang berkesan? Anda pasti menyesal kalau tak cuba.

1. Asam jawa + bedak sejuk + air kosong

Anda cuma perlukan 3 bahan. Sudah lah cuma perlukan 3 bahan, semuanya mudah didapati & murah. Kami yakin, semua rumah ada 3 bahan ini. Caranya macam mana?

  1. Ambil secubit asam jawa, gaul dengan air kosong. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
  2. Masukkan 5 ketul bedak sejuk ke dalam pes asam jawa tadi.
  3. Kalau terlalu pekat, tambah air.
  4. Jadikan sebagai masker.
  5. Sapukan ke wajah, biarkan selama 30 minit. Bilas.
  6. Lakukan setiap malam, sehingga parut jerawat anda hilang sepenuhnya.

2. Aloe Vera

Aloe vera atau daun lidah buaya sememangnya berguna dalam dunia kecantikan. Anda boleh gunakan jel aloe vera yang boleh dibeli dari farmasi, namun jel semulajadi dari pokok aloe vera adalah lebih berkesan dan natural tanpa sebarang bahan kimia & pengawet.

Caranya, sebelum tidur, ambil sedikit lendir aloe vera. Sapukan ke kawasan yang berparut dan biarkan semalaman. Keesokan paginya basuh wajah anda seperti biasa.

Sumber Gambar: OrganicFacts

3. Bedak sejuk + lemon + minyak zaiton

Sekali lagi, kita akan gunakan bedak sejuk. Bahan-bahannya:

  1. 5 biji bedak sejuk
  2. Perahan dari sehiris lemon
  3. Satu sudu kecil minyak zaiton

Caranya:

Campurkan 3 bahan tersebut sehingga sebati. Jadikan sebagai masker dan sapukan ke wajah. Biarkan selama 30 minit lalu dibilas sehingga bersih. Namun, anda dinasihatkan untuk memakai masker ini setiap malam memandangkan lemon bersifat asid dan dikhuatiri akan menghakis wajah.

4. Tanah liat

Kandungan mineral aktif didalam tanah liat terbukti berkesan untuk menghilangkan parut jerawat baru dan lama. Dengan penggunaan yang konsisten, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Mana nak dapatkan tanah liat? Terdapat pelbagai jenis clay mask di pasaran. Gunakan mana-mana jenama yang menjadi pilihan anda. Berdasarkan pengalaman kami, kaolin clay adalah lebih berkesan untuk menghilangkan parut jerawat berbanding tanah liat jenis lain.

Sumber Gambar: Shopee

5. Timun

Bukan sahaja sedap dijadikan ulam dan jus, timun juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya? Kisar timun. Tapiskan hampasnya. Hampas anda boleh jadikan sebagai masker. Pakai di wajah selama 30 minit.

Airnya jangan dibuang pula, sayang. Masukkan kedalam botol spray dan jadikan sebagai toner atau penyegar. Spray ke wajah selepas anda mencuci wajah. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan parut jerawat malah mencerahkan kulit anda.

6. Tomato

Tomato juga mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit termasuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, hancurkan tomato sehingga menjadi pes. Sapukan kewajah sebagai masker. Biarkan sehingga kering, bilas, dan lap wajah sehingga kering.

7. Scrub

Parut jerawat anda akan semakin pudar dan lama-kelamaan akan hilang jika anda rajin berscrub, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bagaimana scrub membantu menghilangkan parut jerawat?

Bila anda scrub, sel kulit lama akan tertanggal dan digantikan dengan sel kulit yang baru dan cantik. Secara automatik, parut jerawat anda juga akan hilang bersama sel-sel kulit yang lama.

Ada bermacam scrub dipasaran, pilih sahaja yang mana satu. Namun, anda juga boleh berjimat dengan membuat homemade coffee scrub dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

Nak tak kalau kami kongsikan resepinya?

Bahan-bahan:

  1. Satu sudu kecil serbuk kopi
  2. Satu sudu kecil gula pasir

Campurkan kedua bahan diatas. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan sedikit air sehingga menjadi pes. Kalau ada madu, boleh gantikan air dengan madu. Sapukan ke wajah. Biarkan seketika dan scrub perlahan-lahan. Cuci muka sehingga bersih. Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jika anda konsisten, pasti parut jerawat anda akan hilang.

Sumber Gambar: AllWomens

8. Madu asli + yogurt

Madu sememangnya mempunyai 1001 khasiat, dan salah satu daripadanya ialah menghilangkan parut jerawat. Ambil satu sudu kecil madu dan campurkan dengan satu sudu kecil yogurt asli. Sejukkan sebentar didalam peti ais, kemudian jadikan sebagai masker.

Biarkan semalaman. Keesokan paginya cuci muka seperti biasa.

9. Kulit kayu manis + madu

Ambil secubit kulit kayu manis, campurkan dengan sedikit madu. Jadikan seperti pes dan sapukan ke bahagian wajah yang berparut jerawat. Biarkan semalam, cuci seperi biasa pada keesokan paginya.

10. Cuka epal

Cuka epal atau apple cider vinegar juga boleh membantu menghilangkan parut jerawat. Basahkan kapas dengan cuka epal, dan sapukan ke parut jerawat di wajah. Biarkan 5 minit dan cuci bersih.

Memandangkan cuka epal bersifat asid dan menghakis, anda tidak digalakkan untuk melakukan rawatan ini setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai.

Sumber Gambar: Healthline

Itulah dia cara hilangkan parut jerawat yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Mudah sahaja kan? Bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati dan murah. Yang paling penting, anda perlu konsisten kalau nakkan hasilnya. Semoga perkongsian kami pada kali ini bermanfaat untuk anda.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.