Apakah cara halau lipan dalam bilik air yang mujarab?
Masalah lipan “berkampung” dalam bilik air menjadi isu yang biasa dialami oleh setiap rumah. Pada peringkat awal, ia mungkin tidak memberi ancaman kepada kita.
Namun lama kelamaan, masalah ini akan menyebabkan risiko kepada kita kerana gigitan lipan mempunyai bisa yang hampir sama dengan sengatan lebah.
Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa cara halau lipan dalam bilik air dengan kaedah yang terbaik.
Pastikan bilik air anda mempunyai pengudaraan yang baik agar suasana di dalamnya sentiasa bersih dan kering setiap kali selepas digunakan.
Lipan amat suka tempat yang lembap dan sejuk untuk ia hidup dan membiak dengan lebih banyak.
Garam sangat sinonim dikaitkan sebagai bahan untuk menghalau makhluk perosak khususnya lipan.
Taburkan garam secara berkala pada laluan lipan bagi mengelakkan ia datang kembali. Sekiranya selepas beberapa hari, garam sudah berkurangan, anda boleh tambahkan lagi untuk memastikan lipan hilang sepenuhnya.
Selain itu, penggunaan cecair pencuci pinggan pun efektif untuk menghalau atau membunuh lipan.
Caranya ialah dengan mencampurkan segelen air suam dengan dua sudu sabun pencuci pinggan.
Isikannya di dalam botol semburan. Semburkannya pada kawasan lembap dan pada bahagian sudut yang lain.
Pest control adalah servis perkhidmatan untuk membasmi hama dan serangga seperti nyamuk, lipas, semut, tikur, lipan dan sebagainya dengan beberapa prosuder dan kaedah yang berkesan.
Dengan adanya Pest control akan lebih terkawal kerana ianya lebih mahir mengendalikan masalah serangga.
Seperti yang anda tahu, bau pada ubat gegat sangat kuat dan tajam. Banyak serangga termasuklah lipan tidak gemar akan bau tersebut.
Meletakkan ubat gegat di kawasan tertentu seperti bilik air dan celah kabinet sangat mujarab, mudah dan murah kerana anda boleh dapatkannya di mana-mana kedai dengan harga yang berpatutan.
Serai adalah salah satu bahan semula jadi yang dapat digunakan untuk mengusir lipan dan serangga lainnya. Berikut cara menghalau lipan dengan menggunakan serai:
Cara halau lipan dalam bilik air yang berikutnya adalah menggunakan daun pandan.
Daun pandan memiliki aroma yang kuat dan tidak disukai oleh lipan. Berikut adalah cara mengusir lipan dengan daun pandan:
Kebersihan rumah adalah cara halau lipan dalam bilik air yang paling utama. Rumah yang tidak dijaga dengan baik, bukan setakat lipan sahaja boleh masuk.
Dan bahkan haiwan-haiwan berbisa dan berbahaya pun akan memberi ancaman kepada seisi rumah.
Perhatikan sentiasa kawasan longkang yang tersumbat dengan air yang bertakung. Dalam masa yang sama pastikan juga timbunan daun kering serta kayu yang sudah reput sentiasa dibuang dan dibersihkan.
Rekahan di dalam rumah adalah sudut kecil dan gelap yang menjadi tempat tinggal dan persembunyian lipan.
Justeru itu, jika boleh anda cubalah baiki atau tampal mana-mana rekahan yang ada khususnya di dinding, pintu, atau mana-mana sudut rumah yang lain bagi mengurangkan risiko lipan menyelinap masuk.
Minyak pati atau essential oil dikenali sebagai salah satu minyak terapi yang digemari ramai orang.
Namun tidak ramai yang tahu, minyak ini juga mampu digunakan untuk menghalau lipan.
Hal ini kerana, lipan sangat sensitif kepada bau (fungsi antena). Jadi, ia akan menghindari kawasan yang mempunyai bau kuat seperti bau minyak pati.
Selain dari cara halau lipan dalam bilik air ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain seperti:
Sumber: