Media sosial dengan masyarkat dunia sekarang memang sudah tidak asing lagi. Sebut saja tentang Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya, jangan kata remaja malah warga emas juga sudah tahu akan kewujudan semua platform media sosial ini. Masing-masing juga tahu cara untuk guna media sosial ini untuk dengan akaun peribadi masing-masing.

cara guna media sosial
Image Via : Wall Street

Tidak dinafikan dengan adanya media sosial kita semua menjadi semakin mudah dalam berkomunikasi. Satu dunia dapat berhubung hanya dengan menggunakan hujung jari. Namun, apakah anda tahu cara menggunakan media sosial dengan betul? Jika masih belum tahu, artikel ini sangat patut anda baca.

10 Cara Guna Media Sosial Dengan Betul Dan Bijak

Di sini akan dikongsikan 10 tips bagaimana untuk menggunakan media sosial dengan bijak. Semoga dengan adanya tips ini kita semua akan dapat berkomunikasi di media sosial dengan etika yang lebih baik dalam menggunakan sosial media ini bersama.

#1 – Fikir Dulu Sebelum Membuat Apa-Apa Status

Cara atau tips menggunakan media sosial dengan baik dan bijan yang pertama adalah dengan ambil tahu akan unsur negetif dan positif sebelum menulis sesuatu. Tanya pada hati dan fikir guna akal untuk seketika. Jika dirasakan ianya tidak bermanfaat pada sesiapa dan ada unsur negetif, ada baiknya jangan diteruskan niat tersebut. Fikir dulu sebelum membuat apa-apa status.

#2 – Jangan Post Gambar Yang Boleh Timbulkan Fitnah

Media sosial tak ubah seperti teman yang paling rapat dengan kita. Tanpa media sosial sunyilah hidup kerana kita sudah tidak mampu untuk luangkan masa secara bersemuka dengan kawan seperti dulu. Dalam era digital sekarang ini, kita dengan mudah dapat berbual tanpa perlu ke mana-mana dan ia sememangnya amat memudahkan.

Tapi awas, jangan sesekali terlalu leka dan khusyuk untuk berkongsi apa saja. Batasi gambar yang dikongsikan untuk tuntutan umum itu supaya tidak timbul sebarang fitnah. Aurat berpakaian juga eloklah di jaga untuk tidak menimbulkan masalah di depan hari.

cara guna media sosial
Image Via : Social Media

#3 – Usah Percaya Sesuatu Cerita Secara Bulat-Bulat

Cara guna media sosial yang seterusnya adalah dengan tidak mempercayai apa juga cerita yang di baca secara bulat-bulat. Masa yang ada dengan menggunakan media sosial ini perlu kita isi dengan benda yang baik-baik.

Jika ada terbaca sebarang berita yang tidak baik adalah lebih bijak untuk elakkan diri dari mempercayainya 100%. Memanfaatkan penggunaan media sosial dengan cara yang bijak dengan mengambil kira akibatnya di masa depan.

#4 – Tidak Perlu Komen Di Status Yang Tidak Tahu Hujung Pangkal

Dengan adanya kemajuan teknologi internet dan telefon bimbit kita semua mudah untuk akses media sosial di mana saja kita berada. Kita juga dengan senang dapat menerima dan menyampaikan apa jua berita dengan pantas.

Bila ada terbaca apa jua status yang dirasakan ada unsur peribadi, seeloknya kita elah dengan tidak komen dengan ayat yang bukan-bukan. Cara menggunakan media sosial ini dengan lebih baik dan betul adalah dengan membiarkan saja status begitu tanpa perlu di komen apa-apa.

#5 – Jangan Kongsikan (Share) Sesuatu Yang Kita Sendiri Tidak Sahih

Cara menggunakan menggunakan media sosial dengan betul yang seterusnya adalah dengan tidak kongsikan (share) sesuatu status yang kita sendiri tidak sahih. Buatnya status itu ada unsur fitnah dan kita pula ikt share, dah tak pasal kita sendiri ikut tumpang dapat dosa dengan kongsi perkara yang tidak sahih.

cara guna sosial media
Image Via : The Jakarta Post

#6 – Jangan Luahkan Pendapat Tanpa Fikir Perasaan Orang Lain

Media sosial memang satu platform paling yang sangat mudah. Hanya dengan taip dari handphone ramai orang dah boleh baca apa yang kita suarakan. Walaubagaimanapun jangalah terlalu lantang bersuara dalam menyampaikan pendapat tanpa fikir tentang perasaan pengguna media sosial yang lain.

#7 – Sentiasa Ingat Akan Dosa Dan Pahala

Apa sebenarnya yang di cari saat menggunakan media sosial ini? Adakah mahu tambah dosa dengan bermusuh dengan rakan di media sosial ataupun untuk berbuat pahala dengan berkongsi info dan ilmu yang baik-baik? Tepuk dada tanya hati dan fikirkanlah juga dengan waras menggunakan akal yang Allah SWT beri.

#8 – Niat Untuk Kongsi Ilmu Bukannya Berita Palsu

Niat juga perlu baik. Hari-hari sebelum mula lihat media sosial sendiri betulkan dulu niat untuk kongsi ilmu yang baik-baik bukannya untuk kongsi berita palsu demi untuk meraih perhatian pengguna media sosial yang lain.

cara guna media sosial
Image Via : Mavrck

#9 – Jangan Oversharing Hingga Orang Rasa Meluat

Tidak dinafikan ramai yang menggunakan akaun media sosial sendiri dengan tahap melampau. Jika ditegur katanya itu adalah hak masing-masing. Jika tak suka boleh unfriend.

Persoalannya di sini, kita mahu labelkan diri sebagai apa? Adakah mahu bersahabat dengan pengguna media sosial yang lain secara baik ataupun mahu membiarkan diri dianggap sebagai salah seorang yang suka pentingkan diri sendiri.

#10 – Berinteraksi Sekadar Perlu (Hormat Privasi Orang Lain Juga)

Setiap orang ada hak privasi masing-masing dan hormatilah hak tersebut. Nak berkawan dan berinteraksi adalah tidak salah tetapi janganlah hingga tahap menganggu orang lain. Bersahabatlah dengan saling menghormati antara satu sama lain.

Semua Orang Perlu Tahu Cara Guna Media Sosial Dengan Betul Untuk Elak Masalah

Kita sangat beruntung kerana ada tahap media yang sangat canggih tetapi dalam masa yang sama janganlah kita guna dengan cara yang salah. Langkah-langkah bijak ketika menggunakan media sosial perlu kita tahu dan praktik.

Perkataan tak ubah seperti mata pedang dan gunakanlah perkataan yang baik demi untuk menjaga ukhwah dengan pengguna media sosial yang lain.

Sumber :

Keluarga

Islami

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.