Kanak-kanak memang gemar makan coklat. Antaranya, coklat susu, kek coklat, ais krim coklat, gula-gula coklat, kalau boleh semua jenis makanan yang berunsurkan coklat. Coklat ini digemari oleh kanak-kanak kerana ia manis dan cair di dalam mulut. Bukan sahaja kanak-kanak yang menyukai coklat, malah orang dewasa juga suka makan coklat.
Coklat ini boleh dijadikan sebagai hadiah dan diberikan kepada orang yang tersayang. Contohnya, hadiah untuk menyambut hari lahir, sempena mendapat anugerah cemerlang, memujuk orang, dan pelbagai lagi. Jika kita berikan coklat kepada seseorang semestinya dia akan menghargainya.
Namun, para ibu bapa khuatir akan anak-anak mereka yang gemar makan coklat. Ibu bapa takut anak-anak mereka akan mendapat penyakit seperti obesiti. Tetapi, salah satu untuk menggembirakan anak-anak adalah memberikan benda yang mereka mahu lagi-lagi coklat. Jadi, adakah coklat bagus untuk kanak-kanak?
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai kebaikan coklat gelap. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.
Antara banyak-banyak coklat, coklat gelap adalah yang paling tinggi khasiatnya. Ia mempunyai antioksidan – prosianidin.
Walaubagaimanapun, bahan ini mempunyai struktur kimia yang besar (sehingga 17 unit). Jadi, kanak-kanak sukar untuk pecahkan bahan khasiat ini
Kajian menunjukkan coklat juga tinggi lemak dan protein yang menyebabkan bahan berkhasiat ini tidak dapat dipecahkan dan diserap dalam usus besar
Untuk mendapatkan banyak khasiat, caranya adalah dengan makan oat atau minum barli selepas memakan coklat gelap. Barli dan oat membantu pemecahan dan penyerapan bahan khasiat dan dapat kawal gula dan kolesterol darah
Buah-buahan adalah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaya dengan bahan khasiat berstruktur kecil
*Para ibu bapa perlu menjaga pemakanan anak-anak dengan teliti. Makanan seperti coklat perlu dihadkan kepada anak-anak dan biasakan mereka untuk makan buah-buahan.
Ianya lebih sihat dan dapat membantu pembesaran anak-anak. Sayur-sayuran juga perlu diterapkan ke dalam pemakanan yang sihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.