“Ehem-ehem, awak ni saya tengok ayu la, sopan lak tu, dah lama saya perhatikan awak sebenarnya, bukan tidak menjaga pandangan, maksud saya memperhatikan kesopanan dan kebaikan awak, saya sebenarnya ingin berkenalan dengan awak boleh tak?”

Ya! Kata-katanya amat manis, baik rupanya tanpa kumis, indah akhlaknya selalu puasa isnin dan khamis, tapi awas hatinya sedang mengemis ! mengemis dengan niat seakan gerimis tanpa henti, bacalah kataku yang sinis ini.

Cara Berkenalan Mengikut Islam

Wahai adik berhati-hatilah kamu dengan cinta manusia, indah luaran tapi dalaman tumbuhnya sarang syaitan. Bak kata orang-orang tua, ikut hati mati. Kata saya, ikut nafsu tubuh lesu, ikut akal tidak waras kena penyakit SARS, ikut hati nanti ada HIV, tibi pun boleh.

Tidak salah untuk mengenal cinta, tetapi betulkah cara kamu? Sekadar suka-suka? Itu berpoya-poya, atau itu cinta pandang pertama? Kenapa bukan cinta pandang berkali-kali? Oh tidak ! dimanakah terletaknya nilai malu seorang muslim?

taaruf

Selalunya manusia akan hanyut dengan cinta yang bertakhta di dalam hati mereka, katanya cinta itu buta sebab itulah tidak dapat melihat dimanakah salahnya sehingga melanggar batas-batas yang telah disyariatkan. Katanya juga cinta itu memabukkan, sebab itulah mereka tidak mampu untuk memilih jalan yang lurus, jalan bengkok banyak selekoh juga yang dipilihnya.

“Dan pohonkanlah keampunan daripada Allah. Sesugguhnya Allah Maha Penyayang.” (Al-Nisa’,106)

Islam mengajarkan kita supaya bertaaruf iaitu secara mudahnya saling kenal mengenali antara satu sama lain dan masih berada didalam batas syariat Allah dan ini lebih baik serta memelihara maruah seseorang.

“Adapun orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh dengannya (agamaNya), maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan kurniaan dariNya (syurga) dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus yang menuju kepadaNya.” (Al-Nisa’,175)

Pergaulan tanpa batas perlu dibendung untuk mengelakkan daripada virusnya menjadi wabak yang merbahaya. Sesungguhnya mencegah itu jauh lebih baik daripada mengubati. Pada zaman sekarang perkara ini menjadi lebih senang dengan adanya rangkaian sosial yang boleh menghubungkan sesiapa sahaja tanpa jurang dan ini lebih mendedahkan manusia khususnya remaja untuk terjerat dengan pergaulan maya dimana pengaruhnya lebih besar jika dilihat dari segi kesannya.

Bila sudah sama kenal sudah pasti mengetahui nombor telefon untuk bertanya khabar kemudian keluar jalan-jalan berdua-duan, syaitan pun mengilai-ngilai.

Kalau nasi menjadi bubur ok lagi tetapi jangan sampai bubur tu jadi basi, nanti makan, penyakit lain pula yang datang. Bukan sekadar kiasan  kalau boleh jadikanlah sebagai panduan berzaman. Sebelum ingin melanjutkan perasaan cinta, taarufla dahulu, tiada ruginya, bila cinta sudah mula untuk berbuah eloklah jika masuk meminang sebelum di kebas orang.

 

 

 

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.