Mabuk ketika awal kehamilan adalah perkara yang normal bagi individu yang hamil. Hanya segelintir individu hamil sahaja yang tiada rasa mabuk-mabuk atau banyak kerenah ketika hamil. Jika tidak ada rasa mabuk ketika hamil, maka beruntunglah individu tersebut.
Bagi individu yang merasai mabuk ketika hamil, tahu lah betapa peritnya mahu menahan rasa itu. Sesetengah individu mabuk ketika hamil sangat kuat sehinggakan tidak boleh membuat apa-apa kerja. Tetapi berlainan pula bagi mabuk yang tidak kuat, mereka masih boleh membuat kerja dan menahannya.
Bagaimanakah cara untuk atasi mabuk ketika awal kehamilan bagi si ibu yang baru kali pertama merasainya?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 cara-cara atasi mabuk ketika awal kehamilan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
1) Minum air kosong yang mencukupi
2) Jangan biarkan perut kosong
3) Hidu bauan yang segar seperti lemon
4) Mengambil vitamin yang mencukupi
5) Berjumpa doktor jika perlu
*Berikut adalah tips cara-cara untuk atasi mabuk ketika awal kehamilan. Tips ini sesuai bagi wanita yang baru kali pertama mearasi mabuk ketika hamil. Jika mabuk anda begitu teruk sehingga hilang selera makan dan tidak boleh lakukan apa-apa aktiviti, pergilah berjumpa doktor pakar yang berdekatan. Jangan ambil ubat sebarangan tanpa keizinan doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.