Sah-sah je mengandung oleh doktor, bukan sahaja si ibu hamil, bahkan si bapa pun sudah pasti hendak memastikan bayi di dalam kandungan cukup segala zatnya. Si ibu tidak berselera atau terlebih selera?
Hendak tidak hendak, si ibu kenalah berfikir untuk si kecil di dalam perut, kena hadam juga makanan dan minuman biarpun kuantiti tidak sebanyak biasa. Cuma kan, hadam-hadam juga, tetapi berjaga-jaga dengan BMI ya ibu-ibu hamil. Janganlah sampai berlebihan sangat pula.
Seperti yang diterangkan oleh Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak di laman Facebook peribadinya, tahukah anda bahawa BMI si ibu yang berlebihan boleh mendatangkan masalah atau komplikasi kesihatan yang lain? Menurut pegawai perubatan ini juga (Kesihatan Wanita, Sakit Puan & Kehamilan), bukan sahaja kepada si ibu, BMI si ibu yang berlebihan boleh juga mendatangkan risiko kepada bayi di dalam perut.
Trombosis adalah darah beku kat kaki atau darah beku ini boleh bergerak dan sekaligus menyumbat salur darah pada peparu dipanggil pulmonary embolism. Kehamilan itu sendiri meningkatkan peluang ibu mengandung untuk dapat thrombosis. Kalau berat badan berlebihan + mengandung = lagi senang nak dapat masalah ini. Risiko untuk dapat thrombosis ini akan dinilai oleh doktor masa memula anda datang jumpa doktor utk buka buku pink. Kalau perlu anda akan dimulakan ubat untuk mencairkan darah yg diberikan secara suntikan.
Kalau BMI 30 dan ke atas, anda TIGA KALI lebih senang nak kena kencing manis masa mengandung kalau nak bandingkan dengan orang yang BMI mereka bawah 25
Nak tahu ada kencing manis ke tak masa mengandung nanti doktor suruh minum air gula antara minggu 24 ke minggu 28 kehamilan. Kalau ada kencing manis nnti rawatan dan follow up dah lain. Kena pegi jumpa pakar O&G
BMI 30 atau lebih risiko dapat pre eclampsia 2-4 kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang BMI 25 dan kebawah
Bertambah-tambah senang la lagi kalau
Kalau ada faktor ini dan faktor-faktor lain, doktor akan mulakan ubat aspirin seawal 12 minggu. Biasa sebijik dalam 300mg. So nanti korang kena belah 4, makan suku je, sehari sekali.
Berat badan berlebihan akan meningkatkan masalah mental masa mengandung dan selepas melahirkan.
So. Nak mengandung? Dapatkan berat badan ideal dulu sebelum mengandung. Kalau dah mengandung dengan BMI berlebihan, tkbleh buat apa dah. Jangan pulak bersenam bagai nak ‘rak’ bila da mengandung – no point, sebaliknya berbahaya kepada anda.
Yg paling bagus adalah pencegahan. KURUSKAN BADAN sebelum bercadang untuk mengandung. Bagaimana? Anda mesti tahu jawapannya. Buang pil kurus jauh-jauh ok?
*Mudahan info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana yang hendak atau tengah hamil, jadi share jangan tidak share ya!
*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.