Ingat ikan, daging, ayam, sayur sahaja yang boleh digoreng, rupanya biskut pun sama. Siapa pernah makan biskut lemak goreng? Menu terrer ini dikongsikan oleh Faizah Jaffri yang mulanya berkongsi resepi di laman Facebook.

Biskut lemak goreng amat sedap di tekak. Walaupun resepi dia sangat lah senang tapi memang layan makan lagi-lagi bila tergigit cili api itu. Bahan ada bawang, cili padi dan telur sekali. Menu ini pun sedap diratah macam itu sahaja.

Walau mula-mula nampak pelik, tapi ramai yang cuba dan suka menu ini. Kami sertakan resepi di bawah, harap-harap ramai yang berminat cuba resepi yang sedap mengancam ini. Sedap dan mencabar sangat.

Resepi Biskut Lemak Goreng

 

biskut lemak goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Biskut lemak 10 @ 12 keping dipatah-patah,
  • Bawang merah 1 biji dihiris,
  • Cili padi 4 biji dihiris,
  • Telur 2 biji,
  • Sedikit minyak,
  • Sedikit garam.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan cili padi sampai naik bau.
  2. Masukkan telur, kacau-kacau macam buat scramble egg.
  3. Masa telur masih basah sedikit, masukkan biskut dan gaul rata.
  4. Perisakan dengan garam. Siap.

Mudah bukan? Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain biskut lemak goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.