Apakah beza emas padu dan kosong yang perlu kita tahu untuk elak dari ditipu dan rugi?
Kaum wanita dan perhiasan emas pastinya tidak dapat dipisahkan. Bila harga emas turun mendadak pastinya kedai-kedai emas menjadi tumpuan mereka berbanding pusat beli-belah.
Seiringnya dengan itu juga ada segelintir penjual yang mencari peluang ini untuk menipu pelanggan semasa membeli emas. Sebagai pembeli, kita sudah tentu inginkan yang terbaik dan telus dalam urusan jual beli yang dibuat.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara beza emas padu dan kosong sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.
Perhiasan emas padu ini diperbuat daripada emas yang padat. Emas di dalamnya sangat mampat dan padat.
Walaupun kelihatan kecil, tetapi emas padu tentunya lebih berat berbanding emas kosong. Selain itu, ia juga tidak mudah rosak, putus dan kemek.
Sekiranya berlaku kerosakan sekalipun, kesannya kepada emas tersebut tidaklah terlalu teruk berbanding emas kosong.
Emas kosong atau juga dikenali sebagai emas hollow adalah emas yang kosong di dalamnya. Emas seperti ini pada umumnya mempunyai design saiz perhiasan yang besar dari biasa.
Namun, emas kosong ini amatlah ringan apabila dipegang dan akan berbunyi-bunyi bila digoncang.
Selain itu, ia juga mudah rosak, putus dan kemek lebih-lebih lagi bila berlaku kerosakan kesannya boleh hancur dengan sekelip mata.
Emas Padu | Emas Kosong |
---|---|
100% padat emas | Kosong di dalamnya |
Mempunyai saiz yang kecil | Mempunyai saiz yang besar |
Tidak mudah rosak, putus dan kemek. | Mudah rosak, putus dan kemek. |
Harganya mahal | Harganya murah |
Nilainya lebih tinggi bila dijual semula | Nilainya akan rendah bila dijual semula |
Berikut ini kami kongsikan antara design-design emas padu dan emas kosong yang boleh anda jumpai di mana-mana kedai emas berdekatan.
Rantai tangan jenis coco mempunyai design yang kosong sungguhpun saiznya tampak besar berbanding biasa.
Oleh kerana dalamannya yang kosong, ia menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang lain untuk memakai kerana bunyi yang seakan tin kosong.
Dikenali sebagai design yang ramai permintaan peminat emas kerana saiznya yang besar sudah tentu rantai tangan lipan.
Namun tidak ramai yang sedar jenis design ini dalam kategori emas kosong. Justeru itu bagi sesiapa yang ingin pakai pastikan anda juga seorang yang sangat berhati-hati.
Sejak ramai orang mula menjual emas dari live media sosial ini, rantai pulut dakap boleh dikatakan sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Bagi yang tangan besar, memang sesuai untuk pakai emas seperti ini. Tetapi perlu diingatkan ini adalah emas kosong.
Sesiapa yang ingin memakainya perlu berhati-hati apatah lagi tali penyambungnya sangat kecil sehingga cepat sekali putus.
Design rantai tangan tapak gajah tidak sesuai dipakai setiap hari oleh kerana emasnya yang kosong di dalam.
Rantai tangan pintal agak unik berbanding yang laiin. Designnya pintal-pintal berpusing sebenarnya mempunyai dua jenis iaitu emas kosong dan emas padu.
Beza emas padu dan kosong ini boleh dilihat dari jenis design yang dijual. Secara teorinya, kita boleh rasakan sendiri kepaduan dan kekukuhan emas tersebut apabila dipakai.
Dipanggil sebagai rantai tangan jagung kerana memang bentuknya seakan-akan butir jagung. Rantai jenis ini memang emas padu dan tidak rugi sesiapa yang membelinya.
Rantai tangan jenis siput adalah emas kosong. Habuk dan kotoran sangat mudah diperangkap dalam ruang kosong yang ada di dalamnya.
Rantai tangan Gucci biasanya dipakai oleh kanak-kanak atau baby. Memang siapa yang pakai rantai ini tampak manis dipandang.
Namun perlu diingatkan bahawa rantai tangan Gucci jenis emas kosong yang mudah rosak jika kurang penjagaan.
Emas padu lain yang boleh anda beli adalah rantai belut. Rantai tangan ini saiznya halus dan tidak terlalu besar.
Dikatakan rantai ini juga lebih tampak menarik dan bersinar dipakai berbanding rantai mesin. Namun kelemahannya hanya satu iaitu kadang kala pemakai kurang selesa akan rasa kasar dari rantai ini di tangan.
Rantai mesin agak serupa dengan rantai belut oleh kerana itu ramai orang agak keliru sedikit semasa membelinya.
Namun persamaannya antara kedua-duanya hanya satu iaitu diperbuat dari emas padu.
Tengok sahaja pada saiznya pasti kita sudah tahu kenapa ia diberi nama rantai biji sawi. Design ini sesuai dipakai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Setiap biji-biji pada rantai itu adalah emas padu yang sangat berbaloi jika dibeli.
Rantai tangan snake skin ini adalah emas kosong yang memerlukan penjagaan yang terperinci dan lebih berhati-hati.
Jika dahulu beli emas orang sanggup beratur panjang untuk membeli di kedai, namun hari ini adanya kedai atas talian sesetengah pembeli gemar membeli emas secara onliine.
Justeru itu ini adalah antara tips semasa beli emas untuk elak dari berlaku penipuan:
Selain dari cara beza emas padu dan kosong ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan emas seperti:
Rujukan: