Terkesan dengar seorang bercerita kisah benar terjadi mengenai pasangan suami isteri. Hari-hari isteri tadi stres suaminya berdengkur masa tidur. Kadang-kadang lari tidur di ruang tamu. Berdengkur terutama bila penat atau tak sihat semakin kuat.

snoringAmplified253x

sleep-disorders-gone.com

Ada beberapa usaha difikirkan tapi belum dilakukan. Satu hari suami tadi pergi kursus iman dan belajar agama selama lebih sebulan. Isteri tadi semakin rindukan suaminya sangat. Malam-malam tak boleh tidur sebab rindu dengkuran suaminya. Rupanya dia dah tak boleh lena tanpa dengkuran suaminya.

Bila suaminya pulang dia sayang dan cerita pada suaminya. Suaminya senyum. Sebelum ni selalu ditegur dan di marahi.

Satu hari takdir Allah, suaminya meninggal dunia. Kenangan paling indah dan paling dingati oleh pasangannya ialah dengkuran suaminya..

Bersyukur ialah ubat bagi hati. Satu saat kita akan rindukan segala yang kita nampak buruk hari ini. Percayalah syukur ialah segalanya. Terima kasih pada Allah dan pasangan.

Redha kerana memiliki suami atau isteri. Menerima kekurangannya dan terima seadanya. Tiada siapa pun sempurna dalam dunia ini. Hanya hati yang ikhlas menyempurnakan segala kekurangan orang yang mereka sayangi

Penulis: Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew merupakan penceramah bebas dalam mengenai hubungan rumah tangga. Beliau seorang yang rajin berkongsi tips keharmonian rumah tangga di Facebooknya dan ceramahnya boleh didengari di TransformJiwa

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.