Setiap ibu mengandung mengimpikan untuk bersalin normal tanpa sebarang koyak atau perlu guntingan episiotomi selain mengharapkan proses bersalin yang mudah dan cepat tanpa sebarang komplikasi. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips bersalin normal tanpa koyakan yang boleh anda amalkan.
Apabila sampai masa untuk anda melahirkan, mohon maaf kepada suami dan minta supaya diampunkan semua dosa dan kesalahan yang pernah anda lakukan sepanjang bergelar suami isteri. Mohon keredhaan dari suami dan minta suami doakan supaya proses bersalin berjalan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi.
Selain kemaafan dan keredhaan dari suami, anda juga perlu menghubungi ibu bapa dan laukan perkara yang sama. Minta ibu doakan semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah, dengan berkat doa seorang ibu, anda dan bayi yang bakal dilahirkan pasti selamat dan sihat.
Dalam islam, kedudukan ibu dan bapa mertua adalah sama taraf dengan ibu bapa anda sendiri. Oleh itu, sebelum masuk ke dewan bersalin, jangan lupa untuk menghubungi kedua mertua untuk meminta maaf dan mohon keredhaan dari mereka.
Senaman kegel atau senaman otot lantai pelvis merupakan satu senaman yang membantu menguatkan stamina supaya anda tidak mudah penat semasa meneran. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu membuat kemutan seperti sedang menahan air kencing. Caranya:
Senaman kegel boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, pejabat, dan sambil memandu.
Jika anda ingin bersalin normal dengan mudah dan cepat, anda perlu belajar teknik meneran dengan betul. Anda ada masa 9 bulan untuk menguasai teknik tersebut. Cara meneran dengan betul ialah:
Sepanjang tempoh bersalin, anda boleh belajar teknik pernafasan yang betul semasa melahirkan. Tujuannya ialah supaya anda meneran dengan betul tanpa menghabiskan tenaga untuk perkara yang tidak sepatutnya. Teknik pernafasan yang betul semasa bersalin ialah:
Teknik pernafasan yang betul bukan sahaja membantu memudahkan proses bersalin malah ia membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Untuk bersalin normal dengan mudah dan cepat, anda boleh amalkan urutan perinium sepanjang tempoh bersalin, terutamanya di hujung kehamilan di mana anda semakin hampir dengan tarikh dijangka bersalin. Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri atau dibantu oleh suami.
Tujuan urutan perinium ialah supaya otot di sekeliling vagina menjadi lebih elastik dan anjal lalu memudahkan proses mengeluarkan bayi tanpa sebarang koyakan atau potongan. Caranya ialah:
Anda juga digalakkan untuk mengamalkan Surah Yusuf sepanjang tempoh kehamilan supaya mendapat kemudahan semasa proses melahirkan.
Selain Surah Yusuf, Surah Maryam juga merupakan surah yang boleh anda amalkan semasa mengandung.
Ingat tak kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan yu? Semasa berada dalam perut ikan yu, Nabi Yunus tak putus-putus berzikir kepada Allah memohon jalan keluar dengan selamat. Akhirnya, Allah mengizinkan Nabi Yunus keluar dari perut ikan yu tersebut dengan selamat. Zikir tersebut ialah:
” Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin”
Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.
Anda juga boleh amalkan doa mudah bersalin yang berikut:
فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا
“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”. ( Surah Maryam: 26 )
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. ( Doa Nabi Zakaria )
ا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. ( Surah Faatir: 11 )
Itulah dia 11 petua bersalin normal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang doa mudah bersalin, amalan ibu mengandung, dan senaman kegel.