Memang ada segelintir bayi yang kenaikan beratnya lebih perlahan dari yang lain (slow weight gain) samada mereka diberikan susu badan sepenuhnya, susu formula atau kedua-duanya.
Tidak semua kegagalan kenaikan berat bayi disebabkan “failure to thrive”, kadangkala ianya hanya kategori “slow weight gain”.
Ia boleh disebabkan masalah pada bayi seperti kembung/colic/reflux, masalah sucking bayi, bayi yang kerap tidak sihat dan jarang-jarang, penyakit yang lebih serius seperti masalah jantung, paru-paru, anaemia dan lain-lain.
Ada kalanya masalah turut berpunca dari ibu seperti ‘poor milk letdown’ (menyebabkan bayi tidak mendapat hindmilk yg kaya dengan nutrient secukupnya), teknik penyusuan yang kurang berkesan seperti lekapan yang salah, atau susu kurang (disebabkan stress, etc), dan sebagainya.
Jika anak anda mempunyai slow weight gain, tetapi developmental milestonenya berkembang baik mengikut umur, dia nampak aktif, ceria dan sihat, kemungkinan anda tidak perlu terlalu risau. Teruskan checkup rutinnya di klinik seperti biasa supaya perkembangannya dapat dipantau.
Bila Anda Patut Risau Berat Bayi Tidak Naik?
Perkembangan beratnya terlalu sedikit/statik/menurun sehingga mencecah bawah garisan 3rd centile untuk umurnya
Anak anda kerap jatuh sakit
Anak tidak aktif
Jangan teragak-agak untuk mengemukakan kemusykilan anda kpd misi/doktor
Dan!
Bagi yang menyusukan bayi anda secara penuh/eksklusif, ketahuilah bukan hanya kuantiti, tapi KUALITI susu badan sangat mempengaruhi perkembangan dan kesihatan si kecil anda. Amalkan makanan sihat dan seimbang, dan jika perlu ambillah supplemen untuk menghasilkan susu dengan kualiti terbaik demi anak kesayangan anda