“Elak Tinggalkan Botol Air Dalam Kereta”. Hal ini sudah sering kita dengar. Bahaya letak air dalam kereta ni tapi masih ramai yang buat tak peduli. Sedar atau tidak sebenarnya minuman botol plastik yang telah lama disimpan di dalam kereta adalah tidak elok diminum terutamanya bagi kanak-kanak. Untuk pengetahuan, air yang telah ditinggalkan di dalam kereta akan menyebabkan haba bertindak balas dengan kimia dalam plastik botol yang mengeluarkan toksik.
Tak perlu libatkan masa semalaman. Bila matahari masuk ke dalam kereta melalui cermin kereta, botol plastik dan haba akan bertindakbalas. Walau hanya dalam masa 5 minit je pun, masih lagi boleh mengundang bahaya. Itu baru tentang air mineral. Kalau nak tahu ada banyak lagi benda lain yang bahaya untuk ditinggalkan dalam kereta.
1- PEK MAKANAN
Pek makanan merupakan antara benda bahaya letak dalam kereta. Tapi kenapa pula pek makanan tak elok di tinggalkan dalam kereta.
Ini kerana ada pek makanan yang di cipta tidak tahan dengan suhu panas di dalam kereta. Pek makanan yang jenis ini akan mudah terurai apabila terkena suhu yang terdapat di dalam kereta. Apa yang lebih parah lagi pek makanan yang cair atau terurai akan membawa kesan buruk kepada kesihatan kita.
2-PERALATAN ELEKTRONIK
Salah satu sebab kenapa kita tinggalkan peralatan elektronik seperti powerbank dan laptop dalam kereta supaya mudah untuk kita gunakan dan tidak kelam kabut. Namun begitu pernah tak anda tahu kesan buruk meninggalkan peralatan elektronik di dalam kereta. Memang bahaya letak laptop dalam kereta kerana ia boleh menyebabkan kecurian.
Tak hanya itu menyebabkan berlakunya kecurian, satu lagi kesan yang teruk adalah ia boleh menyebabkan berlaku ledakan jika tinggal dalam kereta pada suhu yang sangat panas. Banyak punca kebakaran kereta adalah disebabkan oleh kecuaian mereka yang meninggalkan peralatan elektronik di dalam kereta. Peralatan elektronik seperti ini sebenarnya tidak boleh tahan dalam suhu yang terlalu panas.
3-UBAT-UBATAN
Ubat-ubatan juga antara benda bahaya letak dalam kereta. Ini kerana, ubat-ubatan tidak sesuai untuk di simpan di dalam suhu kereta, ia perlu di simpan di dalam suhu bilik saja untuk mengelakan ia menjadi rosak. Jika anda terpaksa membawa ubat-ubatan keluar bersama, anda boleh meletakkan ubat anda di dalam bekas yang bersesuaian.
4-TIN AEROSOL/SPRAY
Ada juga di antara kita mempunyai tabiat suka meninggalkan atau bahan aerosol di dalam kereta. Namun adakah anda sedar yang tabiat anda itu boleh membawa padah pada diri anda. Tin aerosol atau spray merupakan benda bahaya letak dalam kereta.
Ini kerana, aerosol dan spray merupakan barang yang mudah terbakar dan perlu di simpan di tempat yang bersesuaian. Apabila ia ditinggalkan di dalam kereta dengan suhu yang panas ia akan menyebabkan berlakunya letupan dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
5-UBAT GEGAT/BAHAN BERACUN
Mungkin bagi anda dengan meletakan ubat gegat di dalam kereta ia adalah satu penyelesaian yang terbaik untuk membunuh lipas. Namun, ia bukanlah sesuatu yang baik. Jika ia di tinggalkan di dalam kereta dengan suhu yang panas terlalu lama ia akan menyebabkan kesan yang buruk pada kesihatan kita.
Apabila panas kedua-dua bahan ini akan cepat berwap dan akibatnya kita akan menghirup udara yang beracun yang pastinya akan memberi kesan pada kesihatan kita.
6-PEMETIK API
Perkara yang seterusnya ini sering kali dilakukan oleh mereka yang merupakan perokok tegar. Kita boleh lihat di dalam kereta perokok tegar pasti mempunyai pemetik api yang banyak. Sebenarnya sikap mereka yang suka meninggalkan pemetik api di dalam kereta boleh membahayakan diri mereka. Bagi perokok ia mungkin memudahkan mereka apabila mereka mahu menyalakan rokok.
Namun, dalam mereka tidak sedar pemetik api sebenarnya merupakan benda yang mudah meletup jika ditinggalkan di dalam suhu yang terlalu panas. Dengan kesan buruk yang terdapat pada pemetik api, tidak hairanlah jika admin katakan yang pemetik api merupakan benda bahaya letak dalam kereta.
7-PETROL
Ada juga pemandu yang suka menyimpan petrol di dalam kereta. Bagi mereka ia lebih mudah jika kereta kehabisan minyak, mereka boleh terus menggunakan sahaja petrol yang di simpan. Namun begitu, menyimpan petrol di dalam kereta bukanlah satu jalan penyelesaian yang bagus.
Ia boleh mendatangkan kesan yang amat buruk terutama apabila berlaku percikan api pada wayar dalam kereta. Jika itu maka sudah tentu boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.
8-SURAT DAN DOKUMEN PENTING
Dokumen penting juga merupakan benda bahaya letak dalam kereta. Dokumen seperti bil air, bil elektrik dan bank statement merupakan antara dokumen yang mengandungi maklumat penting seperti alamat rumah dan juga nombor akaun bank. Ia sudah tentu amat berbahaya terutama jika ke semua dokumen ini dapat pada si pencuri kereta, mereka sudah tentu menyasarkan rumah anda untuk melakukan jenayah pecah rumah pula.
Penjenayah akan sentiasa mencari peluang atas kecuaian kita. Jadi dokumen seperti ini simpan sahaja di rumah dan di tempat yang selamat. Jika berlaku kecurian kereta, dokumen-dokumen penting ini sudah tentu selamat dan juga rumah kita juga selamat dari menjadi sasaran penjenayah.
9-BARANG BERHARGA
Ada juga di antara mereka di luar sana yang gemar menyimpan barang berharga di dalam kereta seperti beg duit. Walaupun anda mahu singgah ke mana-mana sebentar jangan sesekali tinggalkan beg duit anda dalam kereta. Ini kerana, penjenayah sentiasa menunggu peluang untuk melakukan jenayah. Meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan tidak patut dilakukan kerana mudah terdedah kepada bahaya kecurian.
10-TINGGALKAN ANAK DALAM KERETA
Kes tinggalkan anak sering kali berlaku setiap tahun. Salah satu sebab perkara ini berlaku kerana kecuaian ibu bapa yang meninggalkan anak mereka di dalam kereta. Tidak kiralah enjin kereta hidup sekalipun, jangan sesekali tinggalkan anak di dalam kereta, bawa mereka ke mana sahaja anda pergi. Kebanyakan kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta adalah kerana mereka mengalami strok haba dan lemas.
Itulah serba sedikit perkongsian mengenai barangan yang bahaya jika ditinggalkan dalam kereta. Simpan air mineral dalam kereta janganlah dilakukan lagi. Botol air dan lain-lain benda ini boleh menyebabkan punca berlakunya kebakaran. Bahaya minum air dalam kereta juga untuk kesihatan.
Baca juga tips pilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka, maksud khairat kematian dan manfaatnya.