Ada yang matang sebelum usia. Sebagai contoh seorang remaja yang sudah matang berbanding dengan usianya yang sebenar. Akan tetapi ada juga yang masih belum matang walaupun usia sudah 20an. Apabila ini berlaku maka hubungan dengan pasangan juga menjadi tidak baik. Akibatnya hubungan percintaan sering tak kekal lama.
Kematangan seseorang tidak boleh dikaitkan dengan usia nampaknya. Kematangan seseorang ini perlu dilihat pada pembawakan diri. Cara percakapan orang matang juga seringkali nampak berlainan dengan percakapan seseorang yang masih belum matang sepenuhnya ini.
Kebiasaanya, mereka yang matang atau mereka yang mempunyai sifat dewasa akan mengaku kesilapan yang mereka buat dan akan memperbaiki kesilapan tersebut. Ini selalu berlaku apabila mereka yang melakukan kesilapan dan sering kali menunding jari kepada orang tanpa melihat kesilapan sendiri.
Jika sikap sebegini tidak di buang ia akan menyebabkan orang sekeliling anda menjadi tidak selesa dan sukar bekerjasama dengan anda jika ada apa-apa aktiviti atau perancangan yang melibatkan berkumpulan. Sikap sebegini sebenarnya bukanlah satu sikap yang bagus malah ia akan menyebabkan ramai orang mula menjauhi anda dan memandang serong dengan anda.
Mereka yang lebih matang biasanya berfikiran lebih positif dan tidak menyalahkan orang lain. Berbeza pula dengan mereka yang tidak matang di mana mereka soerti ini biasanya mempunyai fikiran yang lebih sempit dan suka berfikiran negatif.
Orang yang mempunyai pemikiran yang negative biasanya sukar untuk mereka mengejar kejayaan. Ini kerana. Mereka merasakan apa yang mereka buat adalah salah dan tidak akan berjaya walhal mereka belum lagi buat kerja tersebut. Jika anda mempunyai fikiran sebegini, ini bermaksud anda mempunyai sifat belum dewasa.
Orang yang belum matang akan mensia-siakan kelebihan diri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ia berbeza dengan mereka yang berfikiran matang di mana mereka akan menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk mencari rezeki. Mereka juga akan menggunakan kelebihan diri untuk memberi manfaat pada orang lain.
Justeru itu, tidak hairanlah kenapa orang matang lebih berjaya berbanding mereka yang tidak matang. Salah satu sebabnya ialah mereka menghargai dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk mencipta kejayaan. Jangan pandang rendah pada diri kita sendiri. Sebaliknya, cari kelebihan yang ada pada diri kita. Setiap orang ada kelebihan yang tersendiri dan kelebihan yang ada itulah yang boleh membuatkan kita menjadi seorang yang berjaya.
Orang yang bersifat matang biasanya mereka pandai mengawal emosi dan akan sentiasa kelihatan tenang apabila menghadapi masalah. Berbeza pula dengan mereka yang mempunyai sifat belum dewasa di mana mereka akan menjadi seorang yang pemarah dan cepat putus asa apabila menghadapi masalah.
Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai sifat macam ini juga mudah berasa tertekan. Tekanan juga datang hingga sering menyalahkan diri sendiri. Ada juga yang bertukar menjadi seorang yang pembengis dan suka memarahi orang lain tanpa sebab. Jika anda mahu menjadi seorang yang lebih matang perangai sebegini harus anda buang jauh-jauh dengan kadar segera. Jika tidak, orang lain akan merasa tidak selesa apabila berkawan dengan anda dan akhirnya anda akan keseorangan tanpa sahabat untuk susah dan senang.
Sifat belum dewasa yang seterusnya ialah suka hidup dalam khayalan. Mereka yang suka hidup dalam khayalan ini biasanya mereka yang suka berkhayal dan seorang yang tidak mempunyai jati diri. Jadi siapa yang ada sikap sebegini, apa kata mulai hari ini anda mula berubah dan berusaha untuk menjadikan khayalan anda itu sebagai satu kenyataan. Barulah ia menampakkan anda seorang yang bersikap matang dan melambangkan anda seorang yang dewasa.
Boros juga ikut termasuk dalam ciri orang-orang yang tidak matang. Buktinya mereka yang suka boros ini tidak dapat untuk berfikir panjang. Apa yang dipentingkan adalah nafsu untuk berbelanja bagi membeli barangan yang digemari. Akibatnya bila sudah berbelanja mulalah gigit jari akibat terlajak shopping. Bajet pun dah lari.
Apakah maksud kematangan? Adakah kita akan matang pada umur 20, 30 atau 40? Hakikatnya, walau dah pun berumur tapi belum tentu sudah dewasa. Kenali ciri-ciri yang ada pada diri dan kalau nak lebih senang, tanya secara terus pada kenalan atau pasangan.
Sila bersedia juga untuk mendengar jawapan yang diberi. Jika benar mereka berpendapat bahawa diri anda kelihatan masih kurang matang maka berusahalah untuk berubah sedikit demi sedikit. Kikis perangai yang ala kebudak-budakan itu. Baca juga 10 panggilan manja suami istri dalam bahasa Arab, nusyuz seorang isteri ini makna dan ciri-cirinya.