Jika anda peminat bebola ayam maka inilah resepi yang anda tercari-cari. Namun kali ini bukan resepi bebola ayam biasa, resepi ini lebih sedap dan menarik kerana ada tambah cheese. Ya kami akan berkongsi resepi bebola ayam bercheese @ ayam gulung berchesse kepada anda semua.
Tidak ada yang tidak suka kudapan bebola ayam. Apalagi jika digandingkan dengan cheese sebagai bahan inti, lagi lah menyelerakan. Untuk mendapatkan bebola ayam yang lembut anda perlu cincang ayam terlebih dahulu. Untuk tekstur lembut dan padat ayam cincang harus digaul dengan tepung jagung. Penggunaan bawang dan lada akan menambah rasa sedap bebola.
Inti cheese pula diletak ke dalam adunan bebola ayam. Cheese akan meleleh ketika digoreng dan sangat berkrim di dalam bebola ayam tersebut. Mari cuba buat bebola ayam bercheese pula. Kanak-kanak gerenti suka kudapan ini. Selain rasa sedap, bebola ayam bercheese juga mengenyangkan. Resepi dikongsikan oleh Junaidah Sulaiman di laman Facebook.
Selain bebola ayam bercheese, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.