Sebagai seorang ibu yang baru melahirkan, anda pastinya terlalu mengambil berat tentang bayi anda.

Segalanya tentang bayi anda akan diperhatikan dengan penuh teliti termasuklah posisi untuk menidurkan si comel anda. Posisi bayi tidur meniarap sememangnya mengundang kontoversi sejak dahulu lagi.

Kata orang tua, bayi yang tidur meniarap akan selamat daripada masalah kembung. Namun melalui pembacaan anda tentang ilmu parenting, ada yang kata posisi bayi tidur meniarap boleh membahayakan nyawa bayi anda. Jadi, mana satu yang betul sebenarnya? Bayi tidur meniarap bagus untuk bayi anda atau sebaliknya?

bayi tidur meniarap

Sumber: Tribunnews

Apa kata orang tua dulu-dulu tentang posisi bayi tidur meniarap?

Kalau ikutkan kata bidan yang banyak menyambut kelahiran bayi dan ibu-ibu berumur yang berpengalaman menjaga ramai anak selama berpuluh tahun, tidur meniarap adalah sangat baik untuk bayi anda. Ini kerana, menurut mereka, posisi bayi tidur meniarap akan:

  • Membuatkan bayi anda tidur dengan lebih lama.
  • Jika anda tidurkan bayi secara meniarap di atas dada anda, bayi akan berasa selesa seolah-olah masih berada di dalam rahim anda kerana dia dapat tidur sambil mendengar degupan jantung anda. Sama seperti waktu berada dalam kandungan anda.
  • Apabila bayi tidur dalam keadaan meniarap, secara automatik perut bayi akan tertekan. Ia akan membantu mengeluarkan angin yang ada di dalam perut bayi anda. Bayi anda akan terkentut sambil tidur. Angin yang dikeluarkan akan mengelakkan bayi anda daripada terkena kembung.
  • Bayi yang tidur sambil meniarap bukan sahaja akan kentut untuk mengeluarkan angin yang ada di dalam perutnya, malah posisi ini juga akan mengelakkan angin yang baru daripada masuk ke dalam perut bayi. Ianya sangat baik untuk mencegah kembung.
  • Menurut mereka, bayi yang tidur dalam keadaan meniarap akan mengurangkan risiko kematian akibat tersedak susu. Bayangkan situasi ini. Semasa sedang tidur, tiba-tiba bayi anda muntah susu tanpa anda sedari. Kalau bayi anda muntah susu sambil tidur dalam keadaan terlentang, berkemungkinan besar bayi anda yang masih kecil dan tak mampu memusingkan kepala lalu menyebabkan susu terkumpul di dalam mulut kecilnya. Akhirnya bayi anda tersedak susu dan boleh menyebabkan kematian. Sebaliknya, sekiranya bayi anda termuntah susu semasa tidur sambil meniarap, susu yang dimuntahkan akan mengalir keluar dari mulut bayi dan terkumpul di atas tilam. Bayi anda mungkin akan terjaga akibat tidak selesa dengan tilam yang basah, namun nyawa bayi anda berjaya diselamatkan.
  • Tengkorak bayi yang tidur meniarap akan kelihatan cantik dan bulat, tidak kemek di belakangnya.
  • Rambut bayi yang ditidurkan dalam posisi meniarap akan lebih lebat dan tidak dicukur bantal.
  • Leher, bahu dan dada bayi yang ditidurkan dalam keadaan meniarap  akan menjadi lebih kuat dengan lebih cepat. Menurut mereka, bayi anda akan merangkak dengan lebih cepat.
  • Bayi tidur meniarap adalah bagus untuk perkembangan otak bayi anda.

Oleh itu, kalau ikutkan pendapat orang lama, bayi tidur meniarap adalah posisi yang baik untuk bayi anda. Sama da anda mahu ikut atau tidak, terpulang kepada anda. Sebagai ibu, anda yang menentukan apa yang terbaik untuk bayi anda.

bayi tidur meniarap

Sumber: Babycenter

Apa kata perubatan moden tentang bayi tidur meniarap?

Menurut perubatan moden, menidurkan bayi dalam posisi meniarap adalah merbahaya kepada bayi anda kerana:

  • Boleh menyebabkan berlakunya kejadian sudden instant death sindrome atau SIDS yang bermaksud sindrom kematian bayi secara meengejut. Dalam erti kata yang lain, bayi tidur meniarap boleh menyebabkan kematian secara mengejut dan tiba-tiba.
  • Bayi tidur meniarap akan menyebabkan bayi anda tersembam di atas mukanya sendiri lalu menyebabkan bayi anda tidak dapat bernafas lalu menyebabkan kematian. Bayi yang masih kecil belum mampu untuk mengangkat kepalanya sendiri. Semasa anda menidurkannya dalam keadaan meniarap, mungkin kepalanya bertukar posisi lalu menyebabkan bayi anda tersembam di atas mukanya sendiri. Oleh kerana bayi anda belum mampu mengangkat kepalanya, bayi anda tidak akan dapat bernafas akibat hidungnya yang tertutup akibat tersembam. Apabila bayi anda tidak dapat bernafas, setelah beberapa minit oksigen tidak sampai ke otak, bayi anda akan meninggal dunia. Pada tahun 1992, Akedemi Pediatrik Amerika mencadaangkan bayi di Amerika ditidurkan dalam keadaan terlentang sebagai usaha untuk menurunkan kadar kematian akibat SIDS di negara tersebut. Ajaibnya, selepas kempen tersebut, kadar kematian bayi di sana akibat SIDS telah menurun sebanyak 50%.
  • Bayi tidur dalam posisi meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan saluran nafas bayi menjadi sempit lalu menyukarkan bayi anda untuk bernafas. Keadaan ini bukan sahaja akan menyebabkan bayi anda tidak dapat bernafas dengan selesa, malah akan menyekat oksigen daripada sampai ke otak bayi anda.

Apakah hukum bayi tidur meniarap dari sudut pandangan islam?

Kebanyakan ulamak mengkategorikan posisi tidur secara meniarap sebagai makruh berdasarkan hadith berikut:

“Suatu hari Nabi SAW sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Abu Zar, sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Oleh itu, sekiranya anda beragama islam, sebaiknya kita menjauhkan diri daripada perbuatan yang makruh. Benar, ianya bukan satu namun menjauhkan perkara yang makruh adalah lebih baik daripada melakukannnya.

bayi tidur meniarap

Sumber: Momjunction

Itulah dia info tentang bayi tidur meniarap yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik lain kami seperti petua hilangkan ruam susu, petua bengkak susu dan petua bercerai susu.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.