Nota Editor : Penulisan ini datangnya daripada Puan Noor Afidah yang mendapat pendidikannya di University of Sheffield dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Semoga perkongsian post beliau menarik untuk direnungi.
———————————————————————————————

King_Street_4wikipedia

Salah satu pengalaman yang mengkayakan kami di UK adalah dapat mengenali anak-anak muda pelajar Malaysia di seluruh pelusuk UK dan Ireland dari peringkat A Level sehinggalah ke peringkat PhD.

Ramai yang pernah kami jumpa, ramai juga yang bertemu hanya sekali ketika mereka menghadiri sesi ‘parenting’ kami, dan ada juga yang hanya berinteraksi di media sosial. Rumah kami tidak pernah lekang dengan kunjungan mereka.

Telinga kami tidak pernah sunyi dari mendengar kisah pengalaman mereka, kehidupan mereka, keterujaan mereka, kekecewaan mereka, semangat mereka, keazaman mereka, ‘hati dan perasaan’ mereka, (ketidakmatangan mereka juga adakalanya) dan segala-galanya yang menjadi part and parcel dunia muda yang kami sendiri pernah lalui dulu. Setiap seorang mempunyai keunikan dan kehebatan yang tersendiri namun penuh rendah diri bila bersemuka dengan ‘kakak atau mak cik’ ini.

Kami banyak belajar memahami dunia Gen Y daripada mereka. Walaupun ada aspek yang tidak masuk akal bagi Gen X seperti kami, itulah kehidupan yang mereka lalui sekarang yang agak berbeza dari dulu. Semua ini menjadi panduan untuk kami memahami anak-anak kami sendiri yang juga remaja Gen Y/Z atau Millennial Generation.

Mengikut teori perkembangan otak, otak manusia ‘re-structure’ ketika adolescence/remaja. Oleh sebab itulah kelakuan mereka sering menimbulkan tanda tanya dan membingungkan ‘orang tua’.

Sebagaimana anak kecil yang adakalanya ‘throw tantrum’ kerana cuba untuk explore and understand their limits and surrounding, remaja juga begitu. Mereka juga bingung dengan perubahan yang mereka lalui (Rujukan buku: Teenagers, Why are they so weird). It’s not just the hormone, it’s the brain.

generasi x y

dmnews.com

Jika ibubapa atau guru memilih untuk mengenakan hukuman yang keras semata-mata ke atas ‘kesilapan’ mereka tanpa memahami pengstrukturan semula otak remaja, maka agak sukar untuk membentuk mereka kembali.

Seek to understand.

Menurut pendapat di dalam buku ‘Islam’s Solution’ ini, salah satu sebab utama kenapa remaja bermasalah (tidak kiralah zaman mana sekalipun) adalah kerana golongan tua menjauhkan diri daripada golongan muda.

Golongan tua tidak cuba untuk CONNECT dengan golongan muda, sebaliknya hanya menghukum dan mencemuh mereka tanpa membimbing. Jika golongan tua tidak memberi bimbingan, bagaimana golongan muda hendak terbimbing?

Penulis: Lily Izzuan

Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.