Kebanyakan ibu merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan walaupun ianya sebenarnya bukanlah satu masalah masalah.
Lebih-lebih lagi apabila sang ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya. Katanya susu itu ‘sikit’, jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja.
Setelah semua minuman/makanan penambah susu diambil dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga ‘membanyakkan susu’ kebiasaannya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak masalah lain)
Saya merasakan ianya adalah suatu isu kuantitatif dimana berapa ‘banyak’ ialah ‘banyak’ dan berapa ‘sikit’ ialah ‘sikit’ mengikut definisi masing masing
Rata rata ibu mahukan jawapan dalam bentuk angka seperti “mengepam susu selama 20 minit pada sebelah payudara” walau jawapan sebenarnya ialah “mengepam/memerah susu sehingga payudara kosong”
Dan “anak minum 3 oz setiap kali” berbanding hakikatnya “anak minum mengikut kehendaknya dan berbeza-beza”
Ok, saya ringkaskan dalam bentuk formula.
Formula ini hanya sebagai panduan. Boleh jadi ianya sesuai untuk anda dan bayi dan boleh jadi tidak. Sekurang-kurangnya anda memahami asasnya.
Untuk bayi di bawah usia 6 bulan formulanya ialah B = H / 2.
Selepas bayi berusia 12 bulan ke atasa, formulanya ialah B = (H/2) -2
Dan jika bayi anda minum kurang sepanjang siang, mungkin beliau adalah jenis Reverse Cycling dimana dia suka minum dengan banyak secara terus dari ibunya (pada waktu malam)
Jangan susah hati ya ibu.
Teruskan menyusui, doa saya bersama anda! (Perhatikan perkembangan kecergasannya begitu juga keadaan kesihatan bayi anda ya)
Selamat menyusui dengan gembira!