Apabila bayi anda terjatuh dari tempat tinggi seperti katil, sofa, maupun buaian, semestinya anda perlu berasa risau dan cemas. Ini kerana tubuh badan dan organ dalaman bayi adalah sangat lembut dan mudah untuk mengalami kecederaan.

Ada bayi yang mengalami patah tulang seperti tangan atau tulang kolar akibat jatuh katil. Malah ada bayi yang mengalami kecederaan atau gegaran pada otak akibat jatuh katil.

Yang sebenarnya, bayi terjatuh dari tempat tinggi seperti katil adalah sesuatu yang normal terutamanya bagi bayi yang sudah mula boleh bergerak seperti bergolek, meniarap atau merangkak. Namun ada jatuh yang normal dan ada jenis jatuh yang boleh membahayakan nyawa bayi anda. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info penting tentang bayi jatuh katil yang semua ibu bapa wajib tahu.

Apa yang anda perlu buat sebaik sahaja bayi anda terjatuh dari katil?

bayi jatuh katil
Sumber: Kindhearty

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah perhatikan sama ada kepala bayi anda terhentak atau tidak tak kira di sebelah depan atau belakang. Ini kerana hentakan pada kepala bayi adalah perkara yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Sebaik sahaja bayi anda terjatuh, perhatikan posisi kepalanya. Adakah ianya terhentak atau tidak. Jika kepada bayi anda tidak terhentak, insya Allah tiada apa yang serius untuk anda risaukan.

Selain itu anda perlu terus memeriksa bayi anda dan perhatikan jika bayi anda mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Luka pada kulit. Perhatikan jika ada bahagian kulit yang terkoyak.
  • Patah tulang. Jika bayi anda mengalami kepatahan pada tulang, bahagian tersebut tidak dapat digerakkan dan bayi anda akan menangis dengan kuat apabila bahagian tersebut disentuh.
  • Kecederaan organ dalaman. Yang ini mungkin hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan di hospital. Itulah sebabnya kenapa anda perlu membawa bayi anda untuk pemeriksaan dengan segera selepas terjatuh dari katil
  • Kecederaan kepala. Perhatikan jika ada bengkak atau benjol pada kepala bayi anda.

Langkah seterusnya ialah jangan sesekali membiarkan bayi anda terus tidur selepas terjatuh dari katil. Anda perlu berusaha untuk memastikan bayi anda terus berjaga agar anda dapat memerhatikan jika anda yang tidak kena dengan bayi anda selepas terjatuh tadi. Perhatikan bayi anda sentiasa dan jangan biarkan bayi anda berseorangan. Di antara perkara yang perlu anda perhatikan ialah:

  • Adakah bayi anda memberikan respons yang normal atau kelihatan seperti khayal dan tidak memberikan respons seperti yang sepatutnya.
  • Adakah bayi anda kelihatan aktif dan cergas seperti biasa. Bayi yang kelihatan lemah dan tidak bermaya selepas jatuh katil boleh menjadi petanda bahawa ada yang tidak kena dengan bayi anda.
  • Adakah bayi anda kelihatan keliru?
  • Adakah bayi anda tidak dapat bergerak dengan baik selepas jatih dari katil? Sebagai contoh, jika anda perasan yang bayi anda tidak dapat berjalan dengan betul selepas jatuh dari katil, ia mungkin petanda bahawa kepala bayi anda telah terhentak dengan kuat.
  • Susukan bayi anda atau bagi dia makan. Pastikan bayi anda menyusu atau makan seperti biasa. Jika bayi anda tidak mahu makan atau menyusu, ia bukanlah sesuatu yang baik.
  • Pastikan bayi anda tidak muntah dalam tempoh 24 jam selepas jatuh dari katil. Muntah selepas jatuh dari tempat yang tinggi adalah salah satu signal yang dikeluarkan oleh tubuh badan bayi anda untuk menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.

Anda dinasihatkan untuk memerhatikan bayi anda sekurang-kurangnya 24 jam selepas dia jatuh. Ini kerana simptom kerosakan organ dalaman atau hantukan kuat pada kepala sehingga menyebabkan gegaran otak mungkin akan timbul dengan agak lambat. Apa yang terbaik ialah anda terus membawa bayi anda ke klinik untuk pemeriksaan teliti sejurus selepas bayi anda jatuh dari katil.

Tips untuk mengelakkan bayi jatuh dari katil

bayi jatuh katil
Sumber: Hmetro

Pastinya anda risau kalau bayi anda akan jatuh dari katil lagi pada kemudian hari. Hari ini mungkin bayi anda terjatuh dan takde perkara serius yang berlaku. Masa hadapan kita tak tahu. Takut kalau berlaku perkara yang tidak diingini. Oleh itu, kami ingin kongsikan tips untuk mengelakakn bayi jatuh dari katil yang boleh anda amalkan iaitu:

  • Elakkan daripada meletakkan bayi di atas katil orang dewasa terutamanya apabila bayi ana sudah boleh bergolek, meniarap, merangkak, mahu pun berjalan. Sentiasa tinggalkan bayi anda di dalam katil bayi atau letakkan bayi anda di atas tilam di atas lantai jika terpaksa meninggalkannya bersendirian. Ini kerana bayi yang sudah boleh bergerak boleh terjaga bila-bila masa dan akan mula mencari anda. Itulah puncanya kenapa bayi boleh terjatuh dari katil.
  • Jika anda terpaksa meninggalkan bayi sendirian di atas katil dewasa. pastikan anda menyendal bayi anda dengan bantal di sekelilingnya supaya bayi anda terasa seperti anda berada di sebelah dan memeluknya. Selain itu bantal juga akan menghalang bayi anda daripada bergolek semasa tidur.
  • Jika meninggalkan bayi anda di atas katil orang dewasa, pastikan bayi anda diletakkan di tengah-tengh katil dan bukannya di bahagian tepi. JIka bayi anda berada di tengah katil, sekurang-kurangnya apabila dia bergolek, dia tidak akan terus terjatuh ke bawah.

Itulah dia info tentang bayi najis bayi warna hijau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang bayi batuk berpanjangan bayi batuk dan Muhamamd Al Fatih

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.