Sebagai ibu bapa pastinya anda akan berasa sangat risau apabila bayi anda tidak sihat. Tak kira sama ada bayi anda demam, batuk, selsema atau muntah-muntah. Bertambah risau bila melihat anak anda batu berpanjangan. Dah kama batuk. Dah jenuh bawa ke klinik untuk pemeriksaan. Dah diberikan ubat dan cuba petua untuk hilangkan batuk namun batuknya belum hilang.
Tahukah anda bahawa bayi batuk berpanjangan boleh menjadi tanda bahawa bayi anda mengidap penyakit merbahaya seperti bronkitis. Oleh itu, ianyan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang jenis batuk berpanjangan pada bayi yang merbahaya.
Tahukah anda bahawa yang sebenarnya ada beberapa jenis batuk yang sangat merbahaya kepada bayi malah jika tidak dirawat dengan segera ianya boleh membawa maut. Jika bayi anda mengalami batuk yany berpanjangan, adalah sangat penting untuk anda segera membawa bayi anda ke klinik untuk menjalani pemeriksaan bagi memastikan ianya bukan jenis batuk merbahaya seperti berikut:
Perhatikan keadan bayi anda. Adakah batuknya kedengaran basah dan berkahak? Adakah selain batuk, bayi anda juga mengalami selsema yang teruk dengan hingus yang banyak dan pekat? Jika jawapannya ialah ya, kemungkinan besar bayi anda mengidap Pneumonia. Pneumonia atau digelar paru-paru berair oleh orang kita adalah keadaan yang boleh membahayakan bayi anda.
Untuk makluman anda, kebiasaannya seorang bayi yang mengalami selsema dan batuk akibat jangkitan kuman atau virus akan mengidap dua penyakit tersebut selama satu sehingga dua minggu. Ianya adalah sesuatu yang normal. Walau bagaimana pun, sekiranya bayi anda berterusan batuk berkahak melebihi dua minggu dan selsemanya juga tidak kering, ia mungkin satu petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi anda. Segera bawa bayi anda ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.
Perasan tak, ada kalanya bayi anda cuma batuk pada waktu malam semasa dia tidur. Padahal waktu siang sekali pun bayi anda tidak batuk. Malah batuknya berbunyi kering tanpa kahak. Bukan sahaja waktu malam, malah ada juga bayi yang cuma batuk semasa cuaca sejuk contohnya sewaktu hari hujan atau berada dalam bilik yang berpenghawa dingin. Untuk pengetahuan anda, bayi yang batuk kering pada waktu malam atau semasa cuaca sejuk sahaja adalah tanda asma.
Bayi yang mengidap asma akan mengalami radang dan pengecutan pada saluran pernafasan pada waktu malam atau semasa cuaca sejuk. Radang dan pengecutan saluran pernafasan yang berlaku akan menyebabkan bayi anda mula batuk kering. Oleh itu jika bayi anda batuk kering berpanjangan pada waktu malam atau cuaca sejuk, segera bawa bayi anda untuk pemeriksaan.
Selsema influenza berlaku disebabkan oleh jangkitan virus pada sistem pernafasan. Namanya selsema influenza namun salah satu tandanya ialah bayi anda akan mengalami batuk berpanjangan yang teruk sehingga suaranya menjadi serak. Di antara simptom lain selsema influenza ialah:
Cuba dengar bunyi batuk bayi anda. Adakah ianya berbunyi seakan siulan atau gurgling. Malah setiap kali batuk bayi anda kelihatan sesak nafas dan perlu menarik nafas dengan tergesa-gesa hingga tercungap-cungap. Tahukah anda bahawa batuk bersiul merupakan salah satu tanda penyakit Bronkiolitis.
Bornkilitis adalah radang pada bronkiol iaitu saluran pernafasan yang paling kecil dalam paru-paru. Penyakit ini biasanya dialami oleh bayi semasa musim sejuk seperti musim tengkujuh. Ianya sangat merbahaya dan perlu dirawat dengan segera.
Batuk kokol atau pertussis adalah batuk yang sangat panjang dimana bayi anda mungkin batuk sebanyak lebih daripada 20 kali dalam satu nafas. Ianya adalah batuk yang sangat teruk dan akan menyebabkan anda terus perasan ada yang tidak kena dengan bayi anda. Ia juga dikenali sebagai sawan batuk kerana batuk yang tidak henti-henti.
Batuk kokol berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria pertussis yang menyerang lapisan saluran udara bayi anda dan menyebabkan ianya menjadi bengkak lalu menghalang saluran pernafasan. Batuk kokol adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
Anda pernah dengar tentang batuk ini? Ianya adalah batuk yang berpunca dari jangkitan virus pada tekak dan kotak suara bayi anda. Biasanya ia akan berlaku apabila bayi anda selsema. Macam mana cara nak kenal batuk croup? Jika bayi anda dijangkiti batuk jenis ini, bunyi batuk bayi anda akan kedengaran seperti bunyi anjing menyalak.
Bayi anda juga akan kelihatan seperti sesak nafas setiap kali batuk. Perhatikan bayi anda apabila dia batuk. Jika berbunyi seperti anjing menyalak dan bayi anda kelihatan sesak nafas, besar kemungkinan dia dijangkiti batuk croup yang merbahaya ini.
Itulah dia info tentang bayi batuk berpanjangan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang doa untuk bayi tidur lena dan cara meransang bayi merangkak