Batu karang sememangnya menyakitkan. Jika tidak dirawat dengan segera, boleh menyebabkan komplikasi kepada buah pinggang. Ngeri kan? Jom kami kongsikan 13 petua hilangkan batu karang yang terbukti berkesan.

petua hilangkan batu karang

Sumber: Homenaturalcures

1. Petua pertama dari Dr. Hamid Arshat

Petua ini dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat, doktor pakar sakit puan yang tak asing lagi di Malaysia. Caranya:

  • Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut.
  • Pada hari keenam, jangan makan malam ( dinner ).
  • Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Kepada yang takde garam ni di rumah, ianya boleh dibeli di farmasi.
  • Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom.
  • Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
  • Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis.
petua hilangkan batu karang

Sumber: Myculturedpalate

2. Petua kedua Dari Dr Hamid Arshat

Petua kedua adalah lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya:

  • Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam.
  • Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar.
  • Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau.
  • Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau.
  • Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.
  • Pada pukul 10 malam, minum  minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
  • Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan.
petua hilangkan batu karang

Sumber: Tidyaire

3. Petua ketiga dari Dr Hamid Arshat

Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari. Caranya:

  • Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam.
  • Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
  • Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
  • Pada pukul 10 malam, minum  minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
  • Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis.

Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.

Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.

Anda disarankan untuk mengamalkan salah satu daripada petua-petua di atas sekali setiap 6 bulan.

petua hilangkan batu karang

Sumber: Khodarji

4. Barli dan gula batu

Rebus satu peket barli sehingga lembut dan masukkan sedikit gula batu. Khasiat dari barli dan gula batu akan menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.

5. Jus lobak putih

Amalkan minum jus lobak putih sebagai sarapan setiap pagi. Caranya, buang kulit & kisar lobak putih sehingga hancur. Anda boleh campurkan gula atau madu jika suka.

6. Serbuk jintan hitam , madu dan air panas

Campurkan 1 sudu kecil serbuk jintan hitam, 3 sudu madu asli dan satu gelas air panas. Minum setiap malam sebelum tidur untuk menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.

7.  Empulur jagung

Ambil 7 tongkol empulur jagung yang te;lah dibuang isinya, rebus dalam 5 gelas air sehingga air menjadi separuh. Minum 3 kali sehari.

petua hilangkan batu karang

Sumber: Balconystair

8. Pokok bunga matahari

Didihkan pokok bunga matahari. Masukkan semua termasuk akarnya. Rebus sehingga air tinggal separuh. Minum setiap hari.

9. Nanas

Kupas sebiji nanas dan kisar bersama segelas air dan satu sudu garam. Minum satu cawan setiap pagi selepas bangun tidur.

10. Empulur nanas

Selain isi, empulur nanas juga banyak khasiatnya. Rebus empulur nanas bersama gula batu. Minum setiap malam sehingga batu karang anda tiada lagi.

11. Tembikai dan gula batu

Kisar sebiji tembikai bersama sedikit gula batu. Jus dari sebiji tembikai wajib dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insya Allah batu karang anda akan hancur.

petua hilangkan batu karang

Sumber: Ohmymedia

12. Jus prune

Jus dari buah prune juga membantu menghilangkan batu karang. Minum jus prune setiap hari sehingga batu karang anda tiada lagi.

13. Minyak zaitun, jus lemon dan jus nanas

Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah:

  • 2 cawan minyak zaitun
  • 1 cawan jus lemon
  • Sedikit jus nanas

Caranya:

  • Pilih dua hari yang sesuai iaitu 1 hari untuk rawatan dan 1 hari untuk berehat.
  • Hari pertama: Berhenti makan pada pukul 12 tengah hari. Banyakkan minum jus buah terutamanya jus epal hijau.
  • Berhenti minum pada pukul 6.30 petang.
  • Pukul 7.00 petang:
    1. Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum.
    2. Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit.
    3. Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit.
    4. Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum.
    5. Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum).
    6. Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelab atau hitam. Itulah batu hempedu.

    Nota :

    1. Jika terasa nak muntah semasa meminum minyak zaitun dan jus lemon, anda boleh meminum sedikit jus nenas/anggur.
    2. Jika terasa sukar untuk meminum minyak zaitun dan jus lemon, ambil selang waktu yang lebih panjang, cuba selang waktu 20 minit.
petua hilangkan batu karang

Sumber: Beautyvigour

Itulah dia 13 petua hilangkan batu karang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Pilihlah mana yang sesuai untuk anda. Semoga bermanfaat.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.