Baju hamil atau baju untuk ibu mengandung merupakan pakaian yang sentiasa dicari oleh bakal ibu untuk tetap tampak cantik semasa berbadan dua. Dapat bergaya dengan pakaian selesa dan nampak cantik pada masa yang sama adalah satu kelebihan. Justeru itu, semasa mengandung para ibu akan sentiasa berfikir bagaimana hendak kelihatan cantik walaupun saiz tubuh sedikit besar daripada saiz asalnya.

Tambahan pula jika ketika hamil ini, baju yang dipakai tidak selesa ia boleh menyebabkan ibu berasa kurang berkeyakinan ketika mengandung. Jadi, pemilihan baju ibu mengandung yang sesuai amatlah berguna dan penting bagi meningkatkan keyakinan diri ibu-ibu untuk sentiasa selesa dan gembira.

baju ibu mengandung

image via : Umma

Bagaimanakah caranya untuk memilih pakaian yang sesuai semasa mengandung? Di sini akan dikongsikan beberapa tips berkaitan pemilihan baju ibu mengandung bagi bakal ibu-ibu. Semoga ianya dapat membantu para ibu dalam memilih pakaian yang betul ketika berpakaian. Antara tips tersebut adalah :

7 Tips Membeli Baju Hamil Untuk Ibu Mengandung

#1 – Kenali Bentuk Badan

Semasa hendak membeli baju mengandung, bakal ibu perlu bijak dalam pemilihan baju. Bakal ibu perlu bijak dalam mengenali bentuk badan ketika mengandung. Jika perut anda lebih ke bawah, pakaian yang lembut di pinggang akan lebih selesa. Manakala, sekiranya perut lebih lebih tinggi wujudkan garisan antara dada dan perut.

Antara cara mewujudkan garisan pada baju mengandung menggunakan tali atau getah. Ianya akan terlihat lebih elegan apabila ada garisan yang memisahkan perut dengan dada. Pada masa yang sama, akan terlihat baby bum ibu tersebut. Tetapi perlu beringat, elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat atau pakaian yang melekat di tubuh badan. Ianya akan menyebabkan ketidakselesaan semasa memakai pakaian tersebut.

#2 – Fabrik Lembut Yang Serap Peluh

Membeli pakaian hamil semasa mengandung perlu mengutamakan soal fabrik. Dan antara fabrik yang paling sesuai untuk pemilihan pakaian ibu hamil ialah dari kain jenis jersi. Jika ibu hamil tidak suka pada kain jersi, ibu-ibu boleh pilih pakaian dari jenis kain yang lain. Cuma pastikan memilih pakaian dengan mengutamakan fabrik kain yang lembut dan menyerap peluh.

Ini penting bagi memberikan keselesaan kepada para ibu semasa melakukan pergerakan. Elakkan pemilihan pakaian yang menggunakan kain yang agak keras atau kasar kerana kain ini akan menyebabkan anda berasa kurang selesa dan panas hingga tahap berpeluh-peluh.

baju ibu mengandung

image via : Maternity Geschenkk

#3 – Pilih Baju Ibu Mengandung Yang Mesra Menyusu

Membuat pemilihan baju mengandung bersama dengan baju mesra menyusu. Ianya boleh menjimatkan kos pembelanjaan dan membolehkan para ibu menggunakan pakaian tersebut dalam jangka masa yang lama yakni semasa mengandung dan menyusu badan.

Baju penyusuan yang paling mudah adalah baju yang hanya perlu selak sahaja di bahagian dada. Ada juga baju mesra penyusuan yang mempunyai butang atau zip di bahagian dada bagi memudahkan proses penyusuan bayi. Pilihlah baju yang begini untuk pemakaian dalam masa yang lebih lama. Barulah jimat dan tak membazir!

#4 – Pilih Design Atau Corak Menegak Berbanding Melintang

Pilih pakaian mengandung dengan design atau corak yang menegak berbanding dengan melintang. Design baju mengandung dengan corak begini sangat sesuai kerana pakaian corak menegak melihatkan si pemakainya kelihatan kurus berbanding dengan pakaian dari corak yang melintang.

Walaupun tubuh wanita mengandung kelihatan besar tetapi dengan menggunakan corak baju yang menegak akan memperlihatkan susuk badan mereka lebih elegan dan kecik walaupun berbadan dua. Barulah nampak lebih langsing.

#5 – Pilih Seluar Dengan Rekaan Untuk Wanita Mengandung

Bagi wanita yang bekerjaya, pilihlah seluar yang direka khas untuk wanita mengandung. Perincian seluar khas untuk ibu mengandung ini selalunya di reka sesuai mengikut kehendak tubuh si ibu yang sedang hamil itu sendiri.

Kebiasaannya, seluar ini sangat membantu untuk digayakan ketika sedang hamil di fasa trimester ke-3 kerana semasa fasa ini, kandungan sudah semakin membesar. Selalunya seluar bagi wanita yang mengandung ini mempunyai getah atau tali untuk memudahkan ibu melaraskannya mengikut keselesaan dan saiz perut.

#6 – Elak Guna Kasut Tumit Tinggi

Elakkan menggunakan kasut yang bertumit tinggi semasa mengandung terutamanya semasa trimester ke-3. Hal ini disebabkan oleh permukaannya yang tidak stabil. Pada masa yang sama, wanita yang mengandung mudah mendapat bengkak pada bahagian kaki, jadi penggunaan kasut yang bertumit tinggi adalah tidak sesuai.

Pemilihan kasut yang flat lebih sesuai bagi wanita yang mengandung dan ianya lebih selamat. Selain itu, pemilihan tapak kasut juga salah satu bahagian yang penting kerana sekiranya tapak kasut yang digunakan itu licin ianya tidak selamat walaupun kasutnya flat. Justeru itu, semasa hendak membeli kasut amatlah disarankan untuk membeli kasut yang mempunyai tapak yang mencengkam supaya ianya tidak licin dan membahayakan ibu yang mengandung.

#7 – Pilih Tudung Yang Sesuai

Akhir sekali adalah pemilihan tudung. Bagi semua wanita pemilihan tudung haruslah bersesuaian dengan baju yang bakal dipakainya. Ianya serupa dengan wanita yang mengandung, pakaian yang dipakai haruslah sesuai dengan tudung yang dipakainya. Sekiranya, tudung dan baju tidak sedondon maka aura kecantikan seseorang itu tidak menyerlah. Tetapi ianya hanyalah pendapat umum bukan pendapat yang specific.

Ton Warna Pakaian Yang Cerah Dan Gelap Ada Kelebihannya Yang Tersendiri

Selalunya urusan beli baju ketika mengandung adalah ketika usia kehamilan berada pada waktu 4 ke 5 bulan dan waktu ini badan sudah agak berisi.  Untuk mendapatkan pakaian terkini yang bergaya, ibu-ibu boleh pilih sendiri ton warna pakaian dalam menggayakan fesyen untuk ibu mengandung ini.

Jika mahu nampak sentiasa bersemangat dan comel, boleh pilih pakaian ibu hamil dari warna yang lembut dan cerah. Sebagai contoh pink lembut, biru muda, hijau pastel, krim dan sebagainya. Manakala jika ibu-ibu mahu kelihatan lebih eksklusif, lebih langsing dan berkeyakinan, ibu-ibu boleh pilih pakaian dari warna hitam, biru denim dan sebagainya. Yang pasti, warna pakaian ini boleh bantu dari segi mood dan jika rasa sedang risau bolehlah kenakan pakaian dari warna yang ceria seperti kuning untuk hilangkan rasa resah yang ada. InshaAllah.

Antara Jenis Pakaian Hamil Untuk Di Cuba

Ada banyak fesyen ibu mengandung yang sesuai untuk di cuba. Bukan hanya baju-baju biasa dari gaun hamil saja yang ada malah ibu-ibu boleh kenakan dress yang lebih menarik, jubah labuh, blouse labuh, skirt panjang, seluar palazo dan sebagainya. Ibu-ibu hamil boleh membeli pakaian sebegini secara berasingan untuk dipadankan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Cuma pastikan jangan terlalu padankan dengan warna yang sangat kontra dan banyak. Memadailah dengan penggunaan dua ke tiga warna pada satu masa dan pastikan juga pemilihan warna itu nampak okay dan sedap mata memandang ketika digabungkan.

Baju Ibu Mengandung Ada Banyak Di Pasaran, Pilihlah Mengikut Kesesuaian

Masa mengandung merupakan detik terindah yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Memakai pakaian yang selesa ketika hamil adalah salah satu faktor utama ketika memilih jenis pakaian. Ibu-ibu hamil sangat bertuah kerana di pasaran kini sudah ada banyak baju Muslimah yang longgar dan labuh, sesuai untuk ibu mengandung pakai.

Apapun, untuk beli beli atau shopping baju mengandung ni tak boleh ikut sedap beli saja tau. Luangkan masa untuk teliti dulu baju tersebut sama ada sesuai untuk dipakai ketika mengandung ataupun tidak. Pastikan juga ianya ada fungsi untuk menyusu badan jika tidak mahu membazir. Baca juga maksud garis hitam di perut ibu mengandung ,perkembangan berat badan bayi 0-12 bulan dan susukan anak tanpa campur formula 

Sumber :

The Asian Parent

Majalah PaMa

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.