Ubi kentang adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Mana tidaknya, jika masak kari atau lemak cili api mesti letak kentang untuk menambah rasa kepekatan kuah. Asam pedas juga ada yang masak letak kentang, sama juga dengan lauk yang bersup.

Kentang ubi juga boleh dibuat snek seperti kerepek ubi kentang. Ia adalah snek kegemaran rakyat Malaysia dan produk keluaran Malaysia. Kerepek ubi kentang juga telah dipasarkan ke luar negara. Begitu luas kegunaan ubi kentang ini.

Tetapi tahukah anda cara pemilihan ubi kentang semasa hendak membeli di pasaraya? Ubi kentang yang terlalu lama, kulitnya akan berubah ke warna hijau dan akan tumbuh tunas. Orang kata, buang sahaja bahagian hijau dan tunasnya. Selebihnya boleh digunakan.

Jangan ! Ia memberi kesan yang tidak elok jika kita menggunakannya. Apakah kesan tersebut?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai bahaya makan ubi kentang bertukar warna hijau. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Bahaya kentang yang telah bertukar warna hijau

kentang hijau
Imej via Facebook

Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.

Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.

Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.

Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.

Jadi, sebelum membeli, pilih kentang:

◾ Permukaan licin

◾ Tidak berwarna hijau

◾ Tidak mempunyai tunas

*Jangan ambil mudah mengenai ubi kentang. Kita mungkin tidak sedar perkara yang kecil itu boleh menimbulkan masalah yang besar. Jadi, lebih baik kita lebih berhati-hati semasa memilih ubi kentang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.