Info sebenar tentang benjolan.
Benjolan atau bahasa kelantannya riso di kaki amat jarang sekali berlaku, namun kata orang tua-tua benjolan itu tidak merbahaya. Pesakit pun tidak mengambil kisah jika ada benjolan di kaki. Benjolan ini boleh ada di kaki bertahun-tahun lamanya.
Tapi tahukah anda tidak semua benjolan tidak merbahaya, ada juga benjolan yang merbahaya dan mungkin itu adalah kanser. Jom ketahui lebih lanjut
Mari kami kongsikan nasihat yang diberi oleh Dr. Suhazeli Abdullah tentang benjolan di kaki.
Ya, benar benjolan ini tidaklah bahaya. Ianya bukan kanser. Biasanya ia berpunca dari tusukan kayu atau besi pada satu masa yang lampau. Atau ianya boleh terbentuk dengan sendiri apabila kaki dilanggar dengan sesuatu yang keras. Namun, pengesahan bahaya atau tidak perlu dibuat oleh doktor.
Doktor pakar akan meneliti dan mungkin menjalankan ujian tertentu untuk memastikan Riso itu bahaya atau tidak. Jangan kita memandai membuat andaian sendir. Mungkin ianya kanser!
Mekanismanya, apabila sesuatu bendasing tertusuk ke dalam kaki, tisu setempat akan cuba membina satu lapisan fiber. Inilah mekanisma yang berlaku dalam badan kita. Lapisan fiber itu akan bergumpal menyelubungi bendasing yang kecil tadi. Lama-kelamaan terbentuklah benjolan.
Rawatan terbaik untuk benjol adalah bedah. Kaki pun nampak comel. Orang pun tidaklah nak mengumpat kita. Suami atau isteri pun tetap sayang. Muah Muah!
Jika Riso kecil, klinik kesihatan boleh sahaja lakukan pembedahan. Prosedurnya sama dengan pembedahan kanak-kanak berkhatan. Senang sahaja. Tetapi bergantung kepada doktor, samada berpengalaman buat atau tidak. Kalau besar dan memerlukan ruang bius yang lebih luas, pembedahan hendaklah dibuat di dewan bedah hospital.
Kita hendaklah membuat pemeriksaan di hospital dan mendapatkan nasihat-nasihat dari pakar. Mereka lebih mengetahui tentang penyakit-penyakit dan nasihat-nasihat yang mereka beri pun dapat menyembuhkan penyakit yang kita hadapi
*Perkongsian ini, diharapkan dapat membawa manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel penuh oleh Dr. Suhazeli Abdullah boleh didapati di sini.