Lelaki mempunyai beberapa maksud bahasa apabila membeli-belah bersama isterinya. Jom fahami maksud tersebut.Semoga artikel ini membantu.
Apabila ditanya isteri berapa harga barang yang dibeli dan suami menjawab, “Entahlah, saya lupa. Dua lima ringgit rasanya.” Sebenarnya harga barang itu lebih mahal mungkin lebih mahal RM15 atau 2 kali ganda daripada harga yang disebutnya dan dia ingat harga sebenar.
Apabila lelaki ditanya isteri, “Boleh saya beli …. hari ini?” Apabila dijawab, “Belilah banyak pun tidak mengapa.” Atau seerti dengannya, itu bermaksud dia ada duit.
Pandai-pandai isteri ayat mahu beli benda lain. Jangan ditanya, “Abang ada duit ke?” “Datang dari mana?” Minta sahaja barang yang puan mahu.
Apabila lelaki berkata, “Kita beli barang ini ya.” Yakni barang peralatan rumah seperti vakum, penyapu, penyodok atau apa sahaja peralatan dalam rumah. Itu bermaksud dia sedang rajin dan mahu buat kerja rumah.
Cakap sahaja, “Abang mahu beli, abang beli sahaja.” Jangan banyak soal. Nanti puan akan seronok melihat gelagat suami mengemas rumah.
Apabila lelaki bertanya, “Awak mahu keluar membeli hari ini?” Itu bermaksud dia mahu beli barang juga.
Apabila lelaki berkata, “Saya mahu keluar beli barang sekarang.” Itu bermaksud dia ada kerja segera untuk disiapkan melibatkan barang yang ingin dibeli itu. Tetapi jangan pelik, apabila pulang dia tidak buat apa-apa.
Itu bermaksud plannya berubah sewaktu balik dari beli barang atau barang itu tidak ada di kedai dan dia sudah tiada motivasi mahu buat.
Apabila lelaki membeli peralatan pelik-pelik, usah ditanya apa-apa, biarkan sahaja. Ada sesuatu kerja yang ada dalam fikirannya, walaupun ada yang hangat-hangat taik ayam sahaja. Asalkan janganlah barang terlalu mahal.
Apabila lelaki beli barang tertentu dan isteri bertanya barang itu. Dia menjawab mahu lakukan perkara sekian-sekian. Pada hari itu, jangan diganggu jadual kerja yang sudah ada dalam kepalanya.
Jika mahu ke mana-mana, tanya dahulu suami. “Abang ada mahu siapkan apa-apa kerjakah hari ini?”
Apabila lelaki ditanya isteri untuk membeli barang tertentu dan dia menjawab, “Lain kalilah kita beli.” Itu bermaksud sama ada dia tiada duit dan mungkin lari bajet, atau barang itu terlalu mahal, atau dia memang kedekut atau dia sedang berjimat cermat untuk menyimpan duit.
Apabila beratur di kaunter bayaran dan lelaki melihat wang dalam dompetnya, dia sedang mengira-ngira duitnya cukup atau tidak untuk bayar.
Apabila lelaki menunggu di depan cashier selepas barang diimbas, bermaksud dia akan bayar barang yang dibeli.
Apabila lelaki bergerak melebihi kaunter dan tidak bercakap apa-apa, dia memang tiada duit untuk bayar. Malu cik kak oii…
Apabila lelaki bergerak melebihi kaunter dan bertanya, “Awak bawa duit?” Itu bermaksud dia ada duit tetapi tiada wang tunai waktu itu.
Apabila lelaki bertanya, “Awak ada bawa duit cukup?” Itu bermaksud dia mahu atau boleh ‘topup’ dengan wangnya sekali.