Semua orang mahu kulit yang cantik, mulus dan bersih dari jerawat. Kulit yang cantik datang dari hasil penjagaan kulit yang rapi dan menggunakan produk yang sesuai dengan kulit sendiri. Persekitaran juga memain peranan yang penting dalam mendapatkan kulit yang cantik.

Selain itu, pemakanan yang sihat juga salah satu cara untuk mendapat kulit yang cantik. Zaman kini banyak penjual yang menjual produk kecantikkan di laman sosial. Pelbagai cara mereka katakan untuk melariskan produk yang mereka jual. Sebagai contoh, jika menggunakan produk mereka, dijamin kulit muka akan menjadi bersih dan hilang semua jerawat.

Tetapi produk yang mereka jual itu mengandungi bahan-bahan yang bahaya dan akan memberi kesan sampingan kepada kulit. Apakah bahan-bahan yang bahaya terkandung dalam produk mereka?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 5 bahan yang bahaya terkandung dalam produk hilang jerawat. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

bahan bahaya dalam produk kecantikan
Imej via republika

Mari kita lihat maklumat-maklumat penting yang tidak diberitahu tentang ubat-ubat jerawat yang biasa disyorkan oleh wargamaya.

—EX: contoh produk

—TX: rawatan

—RX: preskripsi

—SE: kesan sampingan

5 Bahan yang terkandung dalam produk

1. Benzoyl Peroxide 5-10%

Kandungan paling lazim dalam produk komersial. Ada dijual di kedai runcit, atas talian, dan farmasi.

— EX: Oxy10, Benzac, Neutrogena Rapid Clear.

— TX: jerawat tahap ringan dan sederhana.

— RX: tak perlu preskripsi doktor.

— SE: kulit merah, menggelupas dan alahan.

2. Clindamycin (sapuan)

Sejenis antibiotik topikal/kegunaan luar. Dijual di klinik dan farmasi sahaja. Boleh guna bersama tretinoin.

— EX: Dalacin T, T3 Mycin

— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk

— RX: tak perlu preskripsi doktor

— SE: loya, muntah, cirit-birit, alahan.

3. Tretinoin / Adalapene (sapuan)

Ia adalah derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Disapu sekali sehari.

— EX: Retin-A, T3 Actin, Differin, T3 Ada Gel

— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk.

— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor

— SE: kecacatan janin, fotosensitiviti, alahan.

4. Antibiotik oral (kapsul/tablet)

Antibiotik makan juga boleh membantu. Dijual di klinik dan farmasi sahaja.

— EX: Docycline, Tetracyclin,

— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk

— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor

— SE: bergantung kepada antibiotik yang diberi.

5. Isotretinoin (kapsul)

Ia juga derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Di makan sekali sehari.

— EX: Accutane, Roaccutane, Acnotin\

— TX: jerawat tahap teruk

— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor

— SE: kecacatan janin, kering muka, kering mata, rekah bibir, fotosensitiviti, depression, alahan.

Jika dilihat senarai ubat untuk merawat jerawat ini, hanya Benzoyl Peroxide sahaja boleh dibenarkan dijual di mana-mana kedai, termasuk atas talian. Yang lain perlu dibeli di farmasi.

Ubat mengandungi retinoid ditegah pengambilannya oleh wanita hamil, menyusukan anak, atau wanita yang merancang untuk hamil. Retinoid hanya akan dimulakan setelah pemeriksaan kehamilan adalah negatif, dan setelah pengambilan bermula, pesakit perlu mencegah kehamilan.

*Kita sebagai pembeli perlu berhati-hati dalam membeli satu produk. Kaji dahulu produk yang dijual oleh penjual dan kandungan di dalam produk. Jika ada masalah kulit berjerawat, lebih baik berjumpa dengan doktor pakar. Doktor akan memberi ubat yang semestinya dijamin bagus dan tidak memberi kesan negatif terhadap kulit.

Jika kulit tiada masalah jerawat yang teruk, tetapi ingin membeli produk pencuci muka, boleh beli di farmasi atau Watson, Guardian yang sememangnya menjual produk yang bagus. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.