Bagaimana otak cara suami berfikir?Kebiasaan minda orang lelaki, sampai aje di rumah, terus tukar “gear’ kepada MAKAN – MAIN – TIDUR. Badannya automatik menjadi “statik atau Off” sebagaimana keadaan kereta di isi minyak di stesen minyak.
Sebaliknya minda orang perempuan akan terus aktif “multitasking” ligat macam lipas kudong memebuat kerja rumah yang tak sudah sudah.
Oleh itu jika isteri inginkan suaminya tolong buat sesuatu di rumah, caranya:
Sampai suami di pintu terus sambut dia dengan ungkapan kesyukurann seorang pahlawan pulang dari peperangan, “Alhamdulillah, my hero dah balik”.
Terus (MAKAN) sediakan makanan dan minuman sekadar utk dia mengalas perut dan membasahkan tekaknya. Biar dia sendirian dalam 10 minit.
Selepas ini dia akan (MAIN). Terpulang kepada minat dan hobi suami, Ada yg baca majalah, tgk tv, baca surat khabar, menyiram bunga, tengok barangan hobi dan sebagainya, Waktu ini boleh ajak bersembang. Dan masa inilah AMAT sesuai minta pertolongannya membantu kerja rumah. Katakan kepadanya hanya dia seorang sahaja yang boleh membuat kerja itu.
Jika kerjaya suami memang berat dan meletihkan, selepas MAKAN dia akan terus TIDUR. Biarkan dan iktiraf dia tidur. Tentukan jangka masa tidur dan berjanji untuk kejutkan dia. In sya Allah dia akan bertenaga nanti untuk membantu kerja rumah.
Selamat mengHEROkan dia