Bacaan gula normal boleh menentukan sama ada badan kita sihat atau tidak? Kadar gula pun boleh menjadi “hint” pertama simptom pelbagai jenis penyakit?

Kesihatan sangat penting bagi setiap orang. Kehidupan tanpa kesihatan yang baik tidak akan memberikan apa-apa kebaikan kerana kita diibaratkan seperti “mayat hidup” yang tidak boleh berbuat apa-apa atau terbatas dalam melakukan banyak perkara. Untuk itu memeriksa tahap kesihatan adalah sangat mustahak. Mungkin tidak ramai yang tahu dari bacaan gula dalam darah kita boleh mengesan pelbagai jenis penyakit di peringkat awal.

Pentingnya gula dalam darah

Gula atau secara sainsnya dipanggil glukosa adalah sangat penting untuk keperluan tubuh manusia bagi menghasilkan sumber tenaga.

Tanpa glukosa, sel di dalam badan tidak mampu untuk bekerja normal kerana tidak mempunyai kecukupan tenaga bagi menjalankan fungsinya.

Kategori tekanan darah & bacaan gula normal

Rajah di bawah ini adalah panduan khusus bagi anda, untuk melihat kategori tekanan darah dan juga tahap bacaan darah normal bagi tubuh manusia. Mesin tekanan darah atau lebih dikenali sebagai Sfigmomanometer biasanya akan digunakan.

Kategori Tekanan DarahSistolik (bacaan atas)
mm Hg
Diastolik (bacaan bawah)
mm Hg
Darah rendah (Hipotensi)< 90< 60
Normal90 – 12060 – 80
Pre-Hipertensi120 – 13980 – 89
Hipertensi (Peringkat 1)140 – 15990 – 99
Hipertensi (Peringkat 2)> 160> 100
Hipertensi Tahap Kritikal (perlukan rawatan kecemasan)>180> 110

Bagi julat bacaan glukosa atau bacaan gula normal adalah seperti rajah di bawah ini.

Masa ujianNormalPrediabetesDiabetes
Rambang< 11.1 mmol/L
< 200 MG/dL
11.1 mmol/L
200 mg/dL
Berpusa< 5.5 mmol/L
< 100 mg/dL
5.5 – 6.9 mmol/L
100 – 125 mg/dL
7.0 mmol/L
126 mg/dL
Selepas 2 jam makan< 7.8 mmol/L
< 140 mg/dL
7.8 – 11.0 mmol/L
140 – 199 mg/dL
11.1 mmol/L
200 mg/dL

Waktu yang disyorkan untuk membuat ujian kadar gula

Terdapat 4 waktu dan situasi yang sangat digalakkan untuk seseorang itu mendapatkan bacaan gula dalam darah. Antaranya seperti:

1. Fasting blood sugar (FBS)

Ujian boleh dilakukan apabila individu itu telah berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian dijalankan.

2. 2- hour postprandial blood sugar (2HPP)

Ujian boleh dilakukan iaitu 2 jam selepas individu itu makan. Ia membolehkan doktor mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin.

3. Random blood sugar (RBS)

Ujian kadar gula yang dikenali secara rawak ini dilakukan dengan cara berpuasa sebelum membuat ujian. Bacaan gula yang terlalu tinggi, ia berpotensi menghidap diabetes.

4. Oral glucose tolarance test (OGTT)

Diabetes adalah salah satu dari pembunuh senyap ibu hamil. Ujian darah ini khusus bagi setiap ibu hamil untuk menentukan sama ada mereka terlibat dengan simptom diabetes atau tidak. Biasanya ibu hamil akan diambil sampel darahnya untuk diuji sebelum dan selepas diberikan minum air gula.

Tips kawal gula dalam darah

Banyak sebenarnya tips atau cara yang boleh kita gunakan untuk kurangkan gula dalam darah. Namun ini adalah 4 cara terbaik untuk anda cuba:

1. Selalu bersenam

Aktiviti ini membantu turunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.

2. Kawal makan

Elak makan dan minuman manis, hadkan pengambilan karbohidrat. Boleh amalkan diet suku-suku separuh.

3. Ambil makanan yang kurang Glycemic Index

Jenis makanan ini boleh mengurangkan tahap gula dalam jangka masa panjang.

4. Tidak mengamalkan rawatan alternatif

Perbuatan ini boleh mengancam nyawa anda. Bincang dengan doktor untuk pengambilan ubat atau insulin.

Semoga artikel berkenaan dengan panduan bacaan gula normal ini boleh memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk dirujuk dan dikongsikan kepada ramai orang lagi. Kesihatan yang baik adalah rahsia kehidupan yang terbaik.

Selain dari artikel berkenaan dengan bacaan gula normal ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain dan menarik seperti:

Rujukan:

  1. Ambil Tahu Berapa Bacaan Paras Gula Normal, Tak Boleh Terlalu Tinggi Atau Rendah! Hello Doktor
  2. Bagaimana Diabetes Dikesan? Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Ketahui Pelbagai Jenis Ujian Untuk Diagnosis & Pantauan Kencing Manis. Doctor On Call
  4. Tabiat Makan Punca Tekanan Darah Naik dan Turun? Ini Penjelasannya. Hello Doktor

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.