Anak anda suka gadget?

Selalu ibu bapa pening bila anak asyik-asyik nak mengadap phone, ipad, laptop. Saya menerima pertanyaan dari ibu bapa yang risau,

‘Macam mana nak buat supaya anak saya taknak main game?’

Saya ingin kongsikan satu aktiviti yang bukan saja membuang kerisauan kita jauh-jauh, malah jangan pelik jika kita pula yang akan galakkan anak untuk ber-gadget.

Sebenarnya pasal gadget ni, saya juga melalui kerisauan yang sama. Saya perasan bila saya sibuk buat kerja menggunakan laptop, yaya pun sibuk nak ber-gadget juga. Tapi, bila fikir-fikir balik memang ada logiknya. Kalau kita mak ayah selalu dengan laptop dan smartphone, anak pun mesti nak tahu ‘apa yang bestnya laptop ni? Saya nak try juga’.

Aha, dari situ saya terfikir why not saya gunakan minatnya, rasa ingin tahunya untuk menggilap potensi yang ada dalam diri anak?

gadget

uswitch.com

Sejak itu sesuatu yang terbalik berlaku: saya yang offer yaya untuk guna laptop hehe. Saya kata ‘yaya nak guna laptop mama kan? Yaya tulis-tulis macam mama buat, nak?’

Saya ajar dia guna Microsoft Word. Macamana nak tulis, nak tukar warna tulisan, saiz

Yang memeranjatkan saya ialah, kalau selalunya yaya liat untuk belajar mengeja, kali ini dia sangat seronok menaip itu dan ini. Saya beri kebebasan apa yang dia ingin tulis dan dia perlu tahu bagaimana ejaannya.

There you go, latihan mengeja yang paling berkesan.

Gambar: yaya sedang menulis ucapan selamat hari raya untuk cikgu-cikgu di sekolahnya. Esok kan anak akan ke sekolah. Jadi saya cadangkan kepadanya untuk tuliskan ucapan. Dah siap kita print, esok bagi kat cikgu.

Ini antara manfaat aktiviti ini:

  • Anak belajar untuk pandai mengeja dengan cara yang menyeronokkan baginya, yang mereka sendiri request untuk melakukannya.
  • Anak belajar untuk mahir menggunakan Microsoft Word, perisian paling penting yang anak akan guna di sekolah, universiti dan tempat kerja.
  • Anak belajar meluahkan pendapat dan perasaannya, satu kemahiran ’emotional quotient’ yang sangat penting.
  • Anak belajar untuk pandai menghargai orang lain melalui ucapan yang mereka sendiri tuliskan. Biar anak membesar menjadi orang yang pandai membuat orang lain gembira terutama pada hari-hari yang penting.
  • Anak belajar untuk memanfaatkan minatnya pada gadget. Biar mereka tahu yang macam-macam mereka boleh lakukan jika pandai menggunakan gadget.

Yang paling best pada saya ialah, kita sedang menggilap potensi dalam diri anak. Mungkin saja anak kita boleh menjadi seorang penulis hebat, yang menulis banyak buku-buku yang memberi manfaat kepada orang lain. Mungkin ini caranya untuk menyumbang kepada masyarakat apabila dewasa kelak?

Ayuh kita gilap potensi itu sejak mereka kecil tanpa perlu risau bila anak suka gadget.

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.