Anak-anak mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh dengan apa yang diucapkan oleh orang sekeliling. Terutama sekali ayat yang diucapkan oleh ibu. Setiap anak-anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah, maka mereka akan lebih mendengar cakap ibu daripada ayah.
Syurga di bawah tapak kaki ibu. Ayat ini selalu didengari kerana syurga kita di bawah tapak kaki ibu. Oleh itu, anak-anak perlu menghormati dan menyayangi ibu begitu juga dengan bapa mereka. Jadi, kita perlu didik mereka dari usia muda agar mereka akan menjadi anak yang soleh/solehah.
Bagaimanakah untuk kita mendidik anak-anak kita di usia yang muda? Kita boleh mendidik mereka dengan mengucapkan ayat-ayat yang positif dan tidak menyinggung perasaan mereka. Ayat-ayat yang positif ini dapat membantu mereka untuk memahami bahawa kita amat menyayangi mereka. Apakah ayat positif yang boleh diucapkan kepada anak-anak?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 50 ayat positif yang patut diucapakan oleh ibu kepada anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.
1) Ibu sayang kamu.
2) Kamu disayangi semua orang.
3) Kamu membuat ibu tersenyum.
4) Ibu selalu teringat pada kamu jika kita berjauhan.
5) Kehidupan ibu adalah lebih baik jika ada kamu.
6) Ibu akan melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan kamu.
7) Kadang-kadang ibu akan melarang kamu.
8) Ibu mempercayai kamu.
9) Ibu pasti kamu boleh buat.
10) Kamu seorang yang kreatif.
11) Yakin pada diri kamu.
12) Idea kamu sungguh menakjubkan.
13) Kamu mampu.
14) Kamu layak.
15) Kamu seorang yang kuat.
16) Kamu boleh berkata tidak.
17) Kamu boleh membuat pilihan.
18) Kamu sudah reti bezakan mana yang baik, mana yang buruk.
19) Kamu adalah sahabat yang baik.
20) Kamu adalah abang/ kakak/ adik yang baik.
21) Kamu juga tidak sempurna.
22) Begitu juga dengan ibu.
23) Kamu boleh menukar fikiran kamu.
24) Kamu boleh belajar daripada kesilapan kamu.
25) Kamu boleh meminta bantuan.
26) Kamu suka pada ilmu.
27) Perkembangan kamu juga meningkat.
28) Peningkatan perkembangan kamu adalah daripada usaha keras.
29) Ibu percaya dengan kamu.
30) Kamu begitu berharga.
31) Kamu seorang yang menarik.
32) Kamu seorang yang cantik/ hensem.
33) Apabila kamu membuat kesilapan kamu masih cantik.
34) Kamu adalah seorang yang penting.
35) Idea-idea kamu juga penting.
36) Kamu boleh melakukan kerja-kerja yang penting.
37) Ibu melihat kamu bekerja dan belajar setiap hari.
38) Kamu membuat perubahan dalam hidup ibu.
39) Ibu ingin tahu apa yang kamu fikirkan.
40) Bagaimana kamu berbuat demikian?
41) Kamu telah membuat ibu berfikir tentang perkara-perkara baru dalam hidup ibu.
42) Ibu tak sabar untuk melihat apa yang kamu akan lakukan.
43) Terima kasih kerana membantu ibu.
44) Terima kasih kerana menyumbang kepada keluarga kita.
45) Ibu suka kehadiran kamu.
46) Ia menyeronokkan untuk melakukan aktiviti dengan kamu.
47) Ibu gembira kamu di sini.
48) Ibu gembira untuk bercakap dengan kamu.
49) Ibu dengar kamu.
50) Ibu bangga dengan kamu.
*Mudah bukan untuk ucapkan ayat positif kepada anak-anak. Mungkin ia sebuah ayat yang mudah dan ringkas, tetapi ia boleh memberi kesan positif kepada mereka. Mereka akan rasa kasih sayang kita.
Mereka hanya mahu perhatian daripada kita, jadi lakukan dari sekarang dan cakapkan kepada mereka “ibu bangga dengan kamu”. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.